PROGRAM FREE MARKET

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jawatankuasa Kebajikan Unit Audit Dalam telah berpeluang mengikuti Program Free Market anjuran Suri Rumah Rahmah pada 6 Julai 2019 bertempat di Ruang Legar Blok A, Pangsapuri Seri Cempaka Council Homes, Bandar Baru Bangi.

Sumbangan yang diberi adalah dalam bentuk barangan seperti pakaian, makanan, mainan dan alat tulis hasil pemberian ikhlas daripada kakitangan Unit Audit Dalam. Sumbangan ini berjaya diberikan kepada golongan yang memerlukan sepertimana fokus utama program ini.

Unit Audit Dalam berasa bangga dapat menyertai aktiviti kemasyarakat ini dan berharap peluang mengikuti program-program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Syabas diucapkan kepada kakitangan UAD yang berkerjasamameluangkan masa untuk menyertai program ini.