Taklimat Kesedaran Auditi Bersama Pengerusi Jawatankuasa Audit UKM (Y.Bhg. Datuk Mohd Nasir Bin Ahmad)

DSC_0545

Taklimat Kesedaran Kepada Auditi Bersama Pengerusi Jawatankuasa Audit UKM (Y. Bhg. Datuk Mohd Nasir Bin Ahmad) telah diadakan pada 21 Januari 2015 (Rabu) di Bilik Majlis, Aras 5 Bangunan Canselori.

Taklimat anjuran Unit Audit Dalam ini diadakan bertujuan untuk memberikan kesedaran dan pemahaman kepada pihak auditi mengenai peranan UAD dan proses pengauditan yang dijalankan serta tanggungjawab yang perlu diberikan oleh auditi dalam membantu melancarkan proses pengauditan. Ketua Jabatan/wakil bagiPusat Tanggungjawab (PTJ) yang akan diaudit pada tahun 2015 bersama pegawai masing-masing yang bertanggungjawab telah hadir ke sesi taklimat tersebut. Taklimat ini juga, turut dihadiri oleh semua kakitangan UAD selaku ahli jawatankuasa sesi taklimat tersebut.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diberikan kepada semua Ketua PTJ/wakil dan pegawai masing-masing yang berkaitan kerana memberi kerjasama untuk hadir ke sesi taklimat berkenaan. Diharapkan taklimat ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang sebagai pendekatan yang baik diantara UAD dengan PTJ-PTJ di UKM bagi bersama-sama menjadi penyumbang kepada kecekapan dan keberkesanan tadbir urus Universiti.