Objektif

Objektif UMUM Unit Audit Dalam:

1.Menyediakan laporan atau pemerhatian audit yang tepat, jelas dan mudah difahami.
2.Memastikan tadbir urus universiti dilaksanakan mengikut peraturan dan pekeliling yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
3.Memberi nasihat dan panduan kepada universiti dari aspek kawalan dalaman untuk sebarang polisi, sistem, proses dan prosedur yang dilaksanakan.

 

Objektif KUALITI Unit Audit Dalam:

1.Melaksanakan audit mengikut Jadual Audit Tahunan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Audit UKM.
2.Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Audit UKM sekurang-kurangnya 4 kali setahun.

3.Mengemukakan Laporan Audit Dalam kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) setiap suku tahun