Piagam Unit Audit Dalam UKM

TUJUAN DAN MISI

Unit Audit Dalam Universiti Kebangsaan Malaysia (UAD UKM) ditubuhkan pada 13 Disember 1997 bertujuan untuk memberikan jaminan yang bebas dan berobjektif serta perkhidmatan perundingan bagi menambah nilai dan menambahbaik pengoperasian dan pentadbiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Misi audit dalam adalah untuk meningkatkan dan melindungi nilai organisasi dengan memberikan jaminan, nasihat dan wawasan berasaskan risiko dan berobjektif. UAD UKM membantu UKM mencapai objektifnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin bagi menilai serta menambahbaik keberkesanan pengurusan risiko, kawalan dalaman dan tadbir urus UKM termasuk Pusat Tanggungjawab di bawahnya.

 

  1. VISI DAN MISI

2.1 Visi UAD UKM adalah beriltizam membantu UKM menjadi Universiti terkehadapan dengan menyumbang kepada kecekapan dan keberkesanan tadbir urus bagi membentuk warga berintegriti dan berakauntabiliti.

2.2 Misi UAD UKM pula adalah untuk melakukan pengauditan  secara bebas dan berobjektif dengan menghasilkan laporan yang berkualiti dan memberi nilai tambah kepada pihak  berkepentingan.

 

  1. STRUKTUR PENGURUSAN

3.1  UAD UKM diketuai oleh seorang Ketua dan dianggotai oleh pegawai/kakitangan seramai 18 orang.

3.2 Ketua UAD UKM bertanggungjawab melaporkan hal-hal pentadbiran seperti urusan sumber manusia, kewangan dan lain-lain perkara kepada Naib Canselor dari semasa ke semasa. Ketua UAD UKM juga bertanggungjawab melaporkan fungsi pengauditan dan perundingan kepada Jawatankuasa Audit UKM (JAUKM) melalui Mesyuarat JAUKM yang dijalankan sekurang-kurangnya empat kali (4) setahun. Keputusan dan perakuan Mesyuarat JAUKM akan dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah UKM (LPUKM).

 

  1. PROFESIONALISMA

UAD UKM menjalankan segala tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan menepati segala undang-undang, peraturan, arahan dan panduan yang berkaitan termasuklah kepatuhan kepada elemen-elemen mandatori Rangka Kerja Amalan Profesional Antarabangsa Institut Juruaudit Dalaman merangkumi Prinsip Teras bagi Amalan Profesional Audit Dalam, Kod Etika, Piawaian Antarabangsa bagi Amalan Profesional Audit Dalam, dan Definisi Audit Dalam.

Ketua UAD UKM akan melaporkan secara berkala kepada Naib Canselor dan JAUKM mengenai pematuhan UAD UKM kepada Kod Etika dan Piawaian.

 

  1. KUASA

Bagi memastikan UAD UKM dapat melaksanakan semua tanggungjawabnya dengan berkesan, UAD UKM perlu mendapat kerjasama daripada pihak pengurusan dan semua kakitangan UKM serta mempunyai akses penuh, bebas, dan tidak terhad kepada semua fungsi, rekod, harta dan kakitangan yang berkaitan tertakluk kepada akauntabiliti untuk menjaga kerahsiaan dan melindungi keselamatan rekod dan maklumat.

 

  1. BADAN BEBAS DAN BEROBJEKTIF

6.1 UAD UKM bebas menentukan aktiviti pengauditan yang akan dijalankan  termasuk pemilihan tajuk auditan, kandungan auditan, skop auditan, prosedur auditan, kekerapan pengauditan, masa auditan dan kandungan laporan auditan.

6.2 UAD UKM tidak terlibat secara langsung mahu pun berkuasa ke atas operasi atau mana-mana aktiviti bagi perkara yang telah diaudit. Sehubungan dengan itu, UAD tidak akan terlibat dalam melaksanakan kawalan dalaman, penggubalan prosedur, pembangunan sistem, penyediaan rekod atau sebarang penglibatan lain yang boleh menjejaskan pertimbangan Juruaudit Dalam di masa akan datang.

6.3 UAD UKM bersikap objektif dalam mengumpul, menilai dan menyampaikan apa-apa maklumat berkaitan aktiviti atau proses yang diperiksa. UAD UKM juga akan membuat penilaian yang seimbang (balanced) dalam semua hal keadaan yang berkaitan dan tidak dipengaruhi oleh kepentingannya atau pun pihak lain dalam membuat pertimbangan.

6.4 Ketua UAD UKM akan mengesahkan kepada JAUKM sekurang-kurangnya setiap tahun berkaitan kebebasan organisasi UAD UKM.
Ketua UAD UKM akan mendedahkan kepada JAUKM apa-apa gangguan dan implikasi yang berkaitan dalam menentukan skop pengauditan, melaksanakan kerja, dan / atau menyampaikan keputusan.

 

  1. TANGGUNGJAWAB

UAD UKM diberi tanggungjawab menjalankan tugas audit kewangan dan audit pengurusan seperti yang disenaraikan dalam Surat Pekeliling Am, Jabatan Perdana Menteri Bil. 3/1998 seperti berikut :

  • Mengkaji semula pelaksanaan polisi dan aktiviti UKM dan pusat tanggungjawab di bawahnya dalam tempoh tertentu untuk mengetahui sama ada fungsi perancangan, penyeliaan, arahan dan pengawalan adalah berdasarkan dasar, arahan dan peraturan pengurusan dan telah dilaksanakan dengan berkesan sejajar dengan objektif dan amalan pengurusan yang baik;

 

  • Menentukan kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kawalan dalaman dan pengawasan operasi;

 

  • Mengkaji ketepatan dan kesahihan maklumat kewangan dan mengenalpasti cara untuk mengukur, menjenis dan melaporkan maklumat tersebut;

 

  • Mengkaji sistem sedia ada untuk memastikan  ianya  selaras  dengan dasar dan peraturan terutamanya  bidang  yang  mempunyai  kesan  terhadap  operasi  serta  menentukan  sama ada  organisasi  Jika perlu,  mencadangkan  dasar  yang  sesuai;

 

  • Mengkaji cara yang sesuai untuk melindungi aset dan mengesahkan kewujudan aset tersebut;

 

  • Menilai faedah dan keberkesanan penggunaan sumber yang ada, mengenalpasti peluang untuk meningkatkan penggunaan sumber serta mencadangkan cara untuk mengatasi masalah yang berkaitan;

 

  • Mengkaji perjalanan organisasi dan pelaksanaan program untuk memastikan sama ada hasilnya selaras dengan objektif yang telah ditentukan dan sama ada ianya telah dilaksanakan sepertimana yang dirancangkan;

 

  • Menyelaras tugas UAD UKM dengan Audit Luar;

 

  • Bersama-sama membantu perancangan, merekabentuk, membangun, melaksanakan sistem pengurusan berasaskan komputer terutama dari aspek:
  1. Ciri-ciri kawalan,
  2. Ciri-ciri ketepatan dan
  • Keupayaan merekod dokumentasi

supaya sistem pengurusan yang dimajukan ini dapat membantu UKM mencapai matlamatnya;

 

  • Mengemukakan jadual kerja auditan tahunan kepada Naib Canselor dan JAUKM untuk pertimbangan dan kelulusan;

 

  • Melaporkan kepada pihak pengurusan mengenai sesiapa yang sepatutnya mengambil tindakan di atas sesuatu teguran audit;

 

  • Melaporkan kakitangan yang didapati melakukan penyelewengan;

 

  • Memastikan setiap perancangan dan tindakan yang dibuat oleh pihak UKM telah mengambil kira pandangan audit sebelumnya berdasarkan laporan-laporan audit yang diedarkan;

 

  • Menilai semua rancangan dan tindakan yang telah diambil selaras dengan teguran audit mengenainya; dan

 

  • Mengemukakan laporan setiap suku tahun kepada JAUKM yang meliputi perkara berikut :

 

  1. Tindakan susulan  yang  telah  diambil  di atas  penemuan  audit  dalam yang penting,
  2. Peningkatan keberkesanan dan kelicinan operasi, hasil daripada tindakan audit,
  • Penyelarasan Audit Dalam dan Audit Luar untuk mengelakkan pertindihan,
  1. Perancangan kerja audit,
  2. Halangan yang dihadapi dalam melaksanakan kerja-kerja audit.
  3. RANCANGAN AUDIT TAHUNAN

8.1 Ketua UAD UKM akan mengemukakan rancangan audit tahunan kepada JAUKM untuk semakan dan kelulusan. Rancangan audit tahunan merangkumi tajuk pengauditan, jadual kerja audit serta keperluan bajet dan sumber bagi tahun berikutnya. Ketua UAD akan memaklumkan sebarang batasan sumber, perubahan pengauditan dan kesan-kesannya kepada JAUKM.

8.2 Setiap aktiviti yang akan diaudit oleh UAD UKM akan berlandaskan kepada tahap risiko aktiviti berkenaan termasuk apa-apa input daripada pihak pengurusan UKM dan JAUKM.

8.3 Sebarang perubahan ke atas rancangan audit tahunan perlu dikemukakan  kepada JAUKM untuk kelulusan.

 

  1. PELAPORAN DAN PEMANTAUAN

9.1 Setiap pengauditan yang telah selesai akan dilaporkan ke JAUKM untuk makluman dan tindakan yang bersesuaian. Laporan pengauditan tersebut termasuklah penemuan dan cadangan UAD UKM serta maklum balas daripada pihak auditi.

9.2 UAD UKM bertanggungjawab menjalankan tindakan susulan ke atas penemuan dan cadangan yang dinyatakan sepertimana yang dipersetujui. Penemuan-penemuan penting akan kekal sebagai isu terbuka sehingga ianya diselesaikan.

9.3 Ketua UAD UKM juga akan melaporkan secara berkala kepada Naib Canselor dan JAUKM mengenai:

  • Tujuan, kuasa, dan tanggungjawab audit dalam;
  • Perancangan dan prestasi audit dalam berbanding dengan rancangannya;
  • Pematuhan terhadap Kod Etika dan Piawaian IIA, dan rancangan tindakan untuk menangani sebarang isu pematuhan yang penting;
  • Isu kawalan dan pendedahan risiko yang penting, termasuk risiko penipuan, isu tadbir urus dan perkara lain yang memerlukan perhatian atau diminta oleh JAUKM;
  • Pelaporan aktiviti lain selain daripada tugasan pengauditan;
  • Keperluan sumber; dan
  • Sebarang tindak balas terhadap risiko oleh pengurusan yang mungkin tidak dapat diterima oleh UKM.

 

  1. PROGRAM PENAMBAHBAIKAN DAN JAMINAN KUALITI

10.1 UAD UKM akan menyediakan program penambahbaikan dan jaminan kualiti yang meliputi semua aspek di dalam aktiviti audit dalam bagi menilai pematuhan UAD UKM terhadap piawaian yang ditetapkan. Melalui program ini, UAD dapat menilai kecekapan dan keberkesanannya dalam aktiviti audit dalam dan mengenalpasti peluang untuk penambahbaikan.

10.2 Ketua UAD UKM akan melaporkan kepada Naib Canselor dan JAUKM mengenai program penambahbaikan dan jaminan kualiti, termasuk hasil penilaian dalaman dan penilaian luar yang telah dijalankan.