Rumusan Audit 2018

RUMUSAN PENEMUAN-PENEMUAN AUDIT BAGI TAHUN 2018

  1. Jumlah pengauditan yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit UKM untuk tahun 2015 sehingga 2018 adalah seperti rajah di bawah:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2. Daripada keseluruhan pengauditan yang telah dibentangkan dalam tahun 2018, penilaian laporan adalah seperti berikut:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3. Penemuan-penemuan Audit Dalam dibahagikan kepada 5 komponen iaitu i. Kawalan Persekitaran (Control Environment), ii. Penilaian Risiko (Risk Assessment), iii. Kawalan Aktiviti (Control Activities), iv. Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication), dan v. Aktiviti Pemantauan (Monitoring). Rajah dibawah menunjukkan bilangan penemuan berdasarkan pembahagian komponen-komponen tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

4.  Berdasarkan carta di atas, penekanan yang serius perlu dilakukan ke atas aspek kawalan aktiviti sementara komponenpemantauan dan kawalan persekitaran juga perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan, baik di pusat-pusat tanggungjawab mahupun pengurusan tertinggi. Penemuan-penemuan ke atas pengurusan risiko seperti yang dilaporkan dalam Laporan-Laporan Audit melihatkan terdapat ruang-ruang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terutama dari segi penambahbaikan dan pengemaskinian daftar risiko.

5. Kawalan aktiviti dilaksanakan di semua peringkat dalam sesuatu organisasi serta di semua peringkat dalam sesuatu proses. Kawalan aktiviti merupakan tindakan yang diwujudkan melalui polisi, prosedur atau garis panduan bagi membantu pihak pengurusan mengawal risiko yang berkemungkinan akan menggagalkan pencapaian suatu objektif. Berdasarkan kepada penemuan pada komponen kawalan aktiviti yang tinggi, kakitangan UKM di semua peringkat perlu meningkatkan pematuhan kepada polisi, prosedur atau garis panduan supaya risiko kegagalan pencapaian objektif sesuatu proses tersebut dapat dikurangkan seminima yang mungkin.

6. Aspek pemantauan yang merupakan komponen kelima dalam COSO juga dilihat tinggi apabila pengumpulan data setahun dilakukan. Kekurangan pemantauan yang dilakukan dan kurangnya keberkesanan pemantauan ke atas proses yang dilaksanakan, oleh kakitangan yang dipertanggungjawabkan, juga memberi kesan kepada kawalan aktiviti yang membawa kepada banyak penemuan dalam komponen kawalan aktiviti tersebut.

7. Antara penemuan-penemuan audit yang kerap berulang adalah seperti berikut:

8. Sehubungan dengan itu, bagi mempertingkatkan kawalan dalaman di UKM, usaha untuk memperkukuhkan pematuhan kepada polisi, prosedur atau garis panduan serta pelaksanaan pemantauan perlu dilakukan dengan efisien dan berkesan.