Mohd Azlan Shah Zaidi
   
 
Semester I, Sesi 2012-2013

Pensyarah : Prof. Madya Dr. Mohd Azlan Shah Zaidi (azlan@ukm.my)
Pusat Pengajian Ekonomi
Fakulti Ekonomi dan Perniagaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor D.E.

Tempat: Kuliah/Tutorial DK-KL
Masa: Kuliah/Tutorial Khamis: 7.00-10.00 p.m.

Pengumuman:

- Rangka Kursus

- Keputusan Peperiksaan Pertengahan Semester. Hanya markah sahaja ditunjukkan.
Sila masukkan no pendaftaran anda.

- Markah terkumpul sebelum peperiksaan akhir semester.
Sila masukkan no pendaftaran anda.


Sinopsis Kursus

Kursus ini adalah berkaitan ilmu asas dalam makroekonomi. Tajuk penting meliputi pengenalan konsep makroekonomi, pengukuran dan keseimbangan pendapatan negara, bank pusat, bank perdagangan dan proses penciptaan kredit, pasaran wang dan penentuan kadar bunga, implikasi dasar fiskal dan monetari terhadap pendapatan negara, pengangguran dan inflasi, perdagangan antarabangsa, imbangan pembayaran dan pasaran pertukaran asing serta globalisasi dan pertumbuhan ekonomi. Pendedahan ilmu makroekonomi dapat memberikan fahaman yang jelas kepada pelajar dan membolehkan mereka mengaitkan ilmu tersebut dengan isu ekonomi semasa dalam persekitaran glokal.


Objektif Kursus

1
Mendedahkan pelajar dengan permasalahan umum dalam makroekonomi.
2
Memperkenalkan kaedah penghitungan keluaran negara dan membincangkan kegunaan data keluaran negara.
3
Memperkenalkan peranan bank, penciptaan kredit dan pasaran wang.
4
Menjelaskan aliran pemikiran makroekonomi Klasik dan Keynesian terhadap teori penentuan pendapatan negara dan kadar bunga.
5
Memperkenalkan peranan dasar fiskal dan dasar monetari untuk mencapai matlamat makroekonomi sesebuah negara.
6
Menjelaskan isu perdagangan antarabangsa, imbangan pembayaran, pasaran pertukaran asing, globalisasi dan pertumbuhan ekonomi.
   
Hasil Pembelajaran Kursus (HPK)

Selepas mengikuti kursus ini, pelajar seharusnya berupaya untuk:

1
mengenalpasti isu makroekonomi, terutama isu pertumbuhan ekonomi, pengangguran, inflasi dan imbangan pembayaran.  (HPK1)
2
menghuraikan penghitungan keluaran negara, mengenal pasti masalah penghitungan pendapatan negara, membincangkan masalah kegunaan   pendapatan negara sebagai ukuran taraf hidup. (HPK 2)
3
menerangkan penentuan keseimbangan pendapatan negara mengikut pemikiran ekonomi klasik dan ekonomi Keynesian. (HPK3)
4
menganalisis fungsi wang, tujuan memegang wang, jenis penawaran wang, dan seterusnya menentukan kadar bunga keseimbangan. (HPK 4)
5
membahaskan mengapa perlu perdagangan bebas antarabangsa, dan   mengapa perlu sekatan perdagangan, memperincikan struktur imbangan pembayaran, menghuraikan penentuan kadar pertukaran asing dalam sistem pasaran bebas dan sistem campur tangan kerajaan. (HPK 5)
6
membincangkan isu globalisasi terhadap perdagangan dan pelaburan, membincangkan faktor penggalak dan penghalang pertumbuhan ekonomi, dan menilai langkah kerajaan Malaysia untuk mencapai pertumbuhan yang mapan. (HPK 6)
   
Liputan Kursus

Bil
Tajuk
Nota Ringkas Soalan Tutorial
1
Pengenalan kepada Makroekonomi
K1 T1-2
2
Pengukuran Keluaran Negara
K2
Pengukuran Keluaran Negara
K3
T3-4
3
Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara
K4
4
Pasaran Barangan dan Analisis Keluk IS
K5 T5
5
Sistem Perbankan dan Penciptaan Wang
K6 T6
6
Wang, Kadar Bunga dan Pendapatan Negara
K7 T7
7
Pasaran Wang dan Analisis Keluk LM
K8 T8-9
8
Analisis Keseimbangan IS-LM dan Keberkesanan Dasar
K9
9
Analisis Keluk Permintaan dan Penawaran Agregat Keynesian
K10 T10-11
10
Model Makroekonomi Klasik
K11
11
Perdagangan Antarabangsa
K12 T12-13-14
12

Imbangan Pembayaran dan Kadar Pertukaran

K13
13
Globalisasi, Pertumbuhan dan Pembangunan Ekonomi
K14

 

 

Penilaian

Perkara
Peratusan
Kehadiran/Penyertaan/Tutorial/Kuiz/Kertas Projek
25%
Peperiksaan Pertengahan Semester
35%
Peperiksaan Akhir Semester
40%
Jumlah
100%

 

 
Buku Teks
1

Shahida Shahimi, Norain Mod Asri, Mohd Adib Ismail, Norlida Hanim Mohd Salleh, Wook Endut, Md. Zyadi Md. Tahir, & Noreha Halid. 2012.  Makroekonomi. Cencage Learning Asia Pte. Ltd.. 

 
Rujukan tambahan
2

Case, K., Fair, R.C. 2007.  Principles of economics.  8th Ed.,  New Jersey: Prentice Hall.

3
Frank, R.H. & Bernanke, B.S.  2007.  Principles of economics. 3th Ed.,  Boston: McGraw-Hill.
4
Froyen, R.T. 2002.  Macroeconomic theories and policies.  Singapore: Prentice Hall.
5
Rahmah Ismail & Rohani Mustaffa.  2004.  Makroekonomi pertengahan. Bangi: Penerbit UKM.