Mohd Azlan Shah Zaidi
   
 


PANDUAN RINGKAS KERTAS ILMIAH

Kertas ilmiah perlu ditulis dalam lima bab/bahagian seperti berikut:

1. Pendahuluan
2. Kajian lepas
3. Metodologi
4. Keputusan kajian
5. Kesimpulan dan Implikasi Dasar

Panduan:

Buat permulaan, anda diminta dapatkan sekurang-kurangnya 5 artikel dalam jurnal atau buku yang bersifat akademik berkenaan dengan tajuk yang telah dipilih. Dapatkan artikel yang membincangkan secara spesifik berkenaan dengan tajuk yang dikaji. Fahamkan objektif, metodologi dan keputusan kajian untuk setiap artikel yang dicari dan buat ringkasan untuk setiap artikel tersebut. Sila buat temujanji dengan saya untuk membincangkan hasil kajian lepas anda sebelum kajian seterusnya dimulakan.

Sila catitkan nama anda dan waktu perjumpaan di papan kenyataan bersebelahan bilik saya atau emailkan catatan perjumpaan anda kepada saya di azlan@pkrisc.cc.ukm.my atau azlan@ukm.my.

Sila lihat topik kertas ilmiah bekas pelajar-pelajar di bawah seliaan saya sebagai panduan. Anda dipelawa untuk meminjam kertas ilmiah tersebut sebagai rujukan.

Selamat maju jaya

Mohd Azlan Shah Zaidi
PPE, FEP, UKM