Penyelidikan (Research)
Maklumat Umum (General Information)Program Akademik (Academic Program)Perundingan (Consultancy)Selamat Datang (Welcome)Kemasukan (Admissions)Perkhidmatan (Services)Hal Ehwal Pelajar (Student Affairs)Emel & Telefon (E-mail & Telephone)Alumni (Alumni)Perpustakaan (Library)

Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel : 603 - 89250001

Sambutan 30 Tahun UKM
Ucapan NC UKM

KEMASKINI VIRUS !!!


SERANTA
[ Buku Pelawat ]
-------
Peristiwa
Minggu Ini

Buletin Terkini

Peluang
Pekerjaan

Pekeliling UKM

Seminar
& Bengkel

Nadi Bangi

 

 

Paparan Terbaik : Netscape Navigator 4 dan versi keatas , 800 x 600 Resolusi


Naib Canselor UKM

Majlis Anugerah Kualiti UKM 1999


Pada hari ini kita merakamkan penghargaan serta menyampaikan pelbagai anugerah kepada warga UKM yang telah mempamerkan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas masing-masing pada sepanjang tahun lepas. Kepada warga yang menerima anugerah tersebut, saya ucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah.

nc.gif (21273 bytes)Pada tahun ini dalam kategori Anugerah Khas Kualiti sebanyak 14 kategori telah diwujudkan dan kategori baru diperkenalkan iaitu Anugerah Kecemerlangan Dalam Meningkatkan Citra UKM. Selain itu, Anugerah Khidmat 30 tahun diwujudkan bersempena dengan sambutan 30 tahun UKM.

Dasar Kualiti UKM yang sedia ada bertujuan untuk menjadikan Universiti kitasebagai Pusat Ilmu Terpilih. Melalui program-program akademik yang ditawarkan, UKM sebagai Pusat Ilmu Terpilih perlu memastikan menjadi pilihan pertama setiap pelajar yang bakal memasuki IPT.

Majlis Anugerah Kualiti pada hari ini adalah tanda komitmen kita ke arah membudayakan kualiti di UKM. Hanya melalui penerapan nilai-nilai yang murni, saya percaya kita dapat menonjolkan kecemerlangan UKM. Kegiatan seperti Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) adalah salah satu cara untuk meningkatkan kualiti dan di peringkat Fakulti pula, sebahagian besarnya telah pun mewujudkan sistem kualiti. Selain itu, pihak Universiti mengambil satu makanisme penting dalam mempertingkatkan kualiti sistem menerusi pendekatan ISO 9000.


Akhir kata, sekali lagi saya bagi pihak semua warga UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada rakan-rakan kita yang menerima anugerah di majlis ini.

Sumber PRO : (Sempena Majlis Anugerah Kualiti UKM 1999 di Dewan Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM pada 11 Oktober 2000 (Rabu), jam 9:00 pagi.)

 

Laman Utama | Maklumat Umum | Program Akademik | Kemasukan | Hal Ehwal Pelajar | Perpustakaan
Penyelidikan | Perundingan | Perkhidmatan | E-mel & Telefon | Alumni

 

Pertanyaan/komen sila hubungi pengguna@pkrisc.cc.ukm.my
Designed by : Suzilawati & Hasnahwaty

Hak cipta UKM  1999 - 2000