English Version
 
SOALAN LAZIM JABATAN BENDAHARI

Jabatan Bendahari

S1 Pinjaman/Loan kereta.;
Ingin dapatkan borang pinjaman
J1
S2
Borang tuntutan/klim;
saya ingin bertanya borang yang mana perlu diisi untuk menuntut/claim bagi pembelian barang yang tidak menggunakan DO/Invoice contoh mencetak poster untuk konferens dalam negeri yang dibayar tunai dan mempunyai resit.
J2
Tiada borang digunakan bagi tuntutan pembelian tunai. Sdri cuma perlu menulis surat dengan menyertakan resit2 asal ke Bahgaian Bayaran, Jabatan Bendahari. Walaubagaimanapun, semua pembelian melebihi RM1000 perlu menggunakan pesanan rasmi. Sekian, TK.

S3
Pinjaman;
Apakah pekeliling yg boleh saya rujuk berkenaan dgn syarat2 bg permohonan pinjaman kenderaan dan komputer samada bagi kakitangan yg telah disahkan dlm jawatan atau belum
J3
Bagi Pinjaman Kenderaan, sila rujuk Pekeliling Perbendaharaan Bil 7 thn 1993, dan bagi pinjaman Komputer - sila rujuk Pekeliling Perbendaharaan Bil 8 thn 1992.

S4
Tajaan UKM;
saya ingin bertanya adakah pihak ukm mempunyai program tajaan untuk kursus pascasiswazah untuk pelajar prasiswazahnya melanjutkan pelajaran di luar negara yang mana penerima tajaan perlu berkhidmat dgn ukm selepas selesai pengajian diluar negaranya itu?
J4 Tidak ada. UKM hanya menaja kakitangan yang telah dilantik kejawatan tetap di UKM untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Sekian, dimaklumkan.

S5
baki pinjaman komputer;
saya seorang kakitangan di UKM, ingin tahu baki pinjaman komputer saya terkini.
J5
Maklumat hutang pinjaman kakitangan boleh disemak sendiri melalui sistem di http://www.warga.ukm.my/skuweb/umum/utama/mpumum_utama_borang_login.jsp Sekian dimaklumkan.

S6
Yuran pengajian untuk kakitangan UKM;
Adakah terdapat pengurangan kadar yuran pengajian / lain-lain pengecualian bagi kakitangan UKM yang ingin memasuki program sarjana tanpa melalui biasiswa SLAB? Berapakah kos utk Program Sarjana Tek. Maklumat (Sains Maklumat) yg dikenakan) TQ ext. 3241
J6
Tiada kadar yuran khas untuk kakitangan di amalkan oleh UKM. Kadar yuran bagi pascasiswazah boleh di perolehi dari web PPS spt berikut: http://pkukmweb.ukm.my/~pps/ Sekian, dimaklumkan.

S7
Insurans;
Saya menghidapi denggi satu bulan yg lalu. saya telah belanja untuk kos rawatan saya di hospital tmn desa. adakah insurans yg saya bayar tahunan meliputi kerugian ini? jika ada, apakah prosedur tuntutan? terima kasih.
J7
Sila semak dengan En. Zulkafli di Unit Kebajikan & Kerohanian Pelajar, HEP di PUSANIKA untuk maklumat tentang bantuan yang boleh diperolehi jika menerima rawatan di hospital. Terima kasih

   


Unit Kewangan Kakitangan
S1
jadual gaji 2006;
saya ingin mendapatkan jadual gaji untuk tahun 2006 kerana jadual ini amat diperlukan untuk membuat perancangan kewangan bulanan saya.terima kasih
J1
Jadual pembayaran gaji untuk setiap tahun akan diedarkan kepada Jabatan/Fakulti mulai awal tahun.. Saudari juga boleh mendapatkannya melalui laman web Jabatan Bendahari dibawah menu pekeliling..

S2
Tuntutan Elaun Perjalanan;
Rayuan kepada Jabatan Bendahari supaya mengimbas semula bayaran elaun perjalanan. Tuntutan mengikut jarak perjalanan yang di nyatakan atas borang adalah jarak SEBENAR yang dilalui untuk sampai ke tempat yang dituju. Merugikan staf yang bertugas di luar.
J2
Bayaran tuntutan perbatuan dibayar berdasarkan jarak terdekat diantara satu tempat ke satu tempat. Ini adalah bersesuaian dengan arahan pekeliling kerajaan. Sila hubungi Pegawai di talian 3115 jika perlukan penjelasan lanjut. Sekian, terima kasih.

S3
Elaun clinical specialist;
Aslmkm, Saya adalah pensyarah & pakar psikiatri di HUKM. Baru sahaja lulus masters bulan Jun. Bilakah saya akan dapat clinical specialist allowance? Apa yang perlu saya buat?
J3
Waalaikumsalam. Sila semak dengan Jabatan Pendaftar untuk apa2 perubahan gaji dan elaun. Jabatan Bendahari hanya akan membayar bila telah ada laporan peruban gaji tentang elaun tersebut.

S4
Borang cukai BE;
Berapa nombor rujukan fail rujukan majikan (UKM)? E....
J4
No fail rujukan majikan ada tercatat di bahagian atas penjuru sebelah kiri penyata tersebut. No Fail adalah E 921600-06. Sekian, dimaklumkan. T.K.

S5
Semakan no kwsp dan perkeso;
Bagaimana mahu menyemak no kwsp dan no perkeso ?
J5
Semakan boleh dibuat di Bhg. Sumber Manusia Jab.Pendaftar di talian 03-89213070 atau semakan sendiri melalui Sistem Maklumat Kakitangan (SMK) http://smk.my/peribadi/peribadi.htm

S6
Pinjaman perumahan;
Saya ingin bertanya kepada pihak bendahari, bolehkah saya sebagai kakitangan UKM membuat 'combine loan' untuk membeli rumah dengan suami saya yang bekerja di Kementerian Pertahanan? Sekian, terima kasih.
J6
Boleh, dengan syarat memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Bhg. Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia. Maklumat lanjut sila hubungi Cik Siti Zawiyah di talian 03-89215324 utk keterangan lanjut.

S7
slip gaji;
adakah pembantu penyelidik mempunyai slip gaji?
J7
Pembantu penyelidik juga mempunyai slip gaji tetapi slip tersebut berbeza dengan slig gaji biasa kakitangan UKM. Hubungi Bahagian Kewangan Penyelidikan 03-89213475


Unit Kewangan Pelajar

S1
PTPTN;
BILA WANG PINJAMAN NAK MASUK?
J1
Oleh kerana pembayaran dibuat secara terus ke akaun pelajar oleh pihak PTPTN, sukacita dapat menghubungi pihak PTPTN di talian 03-20983682 (Puan Rohaida) tentang tarikh2 pembayaran mereka.

S2
Bantuan kewangan;
adakah ukm akan membantu pelajarnya untuk cuba mendapatkan bantuan kewangan seperti biasiswa atau pinjaman daripada pihak tertentu?
J2
UKM sentiasa membantu pelajarnya dalam urusan permohonan tajaan biasiswa atau bantuan kewangan. Sila hubungi Unit Kaunseling & Kerjaya dan Unit Kerohanian & Kebajikan Pelajar di Bangunan Pusanika 03-89215070/5316 atau Unit Kewangan Pelajar 03-89215037
S3
Belanja thesis oleh JPA?;
Saya penerima biasiswa JPA tahun akhir. melalui salinan yg diberi JPA ada mencatatkan bahawa dalam sem last, pelajar akan diberi wang belanja bg kertas thesis. Ttp melalui penyemakan saya tidakpun menerimanya.saya pelajar thn 3 sem 6
J3
Sila isi borang JPA yang boleh diperolehi dari URP

S4
Channel-E;
Kenapa Channel-E tidak menolak baki akaun student setelah membayar yuran pengajian.
J4
Pelarasan pembayaran melalui channel-e mengambil masa satu hari bekerja selepas tarikh pembayaran.

S5
Hutang;
saya ingin mengetahui jumlah hutang saya yang sebenarnya. kalau boleh pihak tuan dapat melampirkan akaun saya. sekian, terima kasih
J5
Untuk menyemak jumlah hutang, saudari boleh menyemak sendiri melalui sistem di alamat berikut:http://www.siskew.ukm.my di mana2 komputer atau boleh datang dan menyemak di Unit Kewangan Pelajar,Jabatan Bendahari, Paras 3, Bangunan Canselori.

S6
Bayaran hutang pelajar;
Tuan/Puan, di sini saya ingin bertanyakan cara untuk membayar hutang pelajar secara online kerana saya mengalami kesulitan untuk melakukan pembayaran. Atau terdapat cara lain untuk membuat bayaran misalnya bayaran terus melalui atm mesin.
J6
melalui BIMB 12029010050004 / CIMB 12180005004058 atas nama BENDAHARI UKM & sila faks maklumat bayaran ke 03-89214223. TQ

S7
Zakat;
Assalaualaikum, saya salah seorang pelajar siswazah di fakulti teknologi dan sains maklumat. saya pernah memohon zakat (asnaf berhutang) di pusat zakat selangor(kajang) tetapi saya diminta untuk mendapatkannya di ukm, bagaimana caranya?
J7


Unit Penjanaan
S1
Sewa tapak;
Akum.mcmmana saya nak daptkan tapak kedai kecil utk saya membuka kedai fotostat dan lalttulis di ukm?
J1
Sila semak dengan Bahagian Penjanaan, Jabatan Bendahari di talian 3016 tentang maklumat tersebut. Sekian, terima kasih.

S2
Bagaimana cara untuk menyewa ruangniaga (membuka kaunter)di ukm;
saya wakil dari LP Driving Institute adalah sebuah syarikat mengajar memandu.saya ingin membuka kaunter dan membuat promosi kepada pelajar dan kakitangan universiti.waktu yang sesuai selepas hari pendaftaran kemasukan pelajar.
J2
Tiada ruang dibuka untuk sewaan semasa pendaftaran pelajar baru. Untuk mendapatkan ruang sewaan di PUSANIKA, sila hubungi Unit Penjanaan, No telifon 3016. Sekian, terima kasih.

S3
Kadar Sewa Bilik Kuliah, Mesyuarat dan Hostel;
Assalamualaikum, saya mohon untuk mendapatkan senarai kadar sewa bilik kuliah, bilik mesyuarat dan hostel untuk pihak luar untuk kegunaan kursus jangka pendek selama 5 hari dan 15 hari di tempat tuan pada cuti semester.
J3
Kadar sewa berbeza diantara satu bilik kuliah atau mesyuarat, bergantung kepada saiz. Sewa asrama juga berbeza mengikut jenis bilik. Sukacita dapat menghubungi Unit Penjanaan, J. Bendahari, Tel-89215110/89213016 untuk maklumat lanjut.



Unit Perolehan
S1
Tender;
Saya ingin tahu cara untuk memperolehi maklumat lanjut berkenaan tender. Terima kasih.
J1
Untuk mendapatkan maklumat tentang tender di UKM, Saudara boleh melayari web UKM di alamat berikut: http://202.185.33.76/etender/tawaran.cfm

S2
Cara Pendaftaran Sebagai Pembekal;
Saya ingin bertanya, bagaimana cara untuk berdaftar dengan UKM sebagai pembekal peralatan kegunaan pelaja Terima kasih
J2
Pendaftaran sebagai pembekal boleh dibuat di kaunter Bahagian Perolehan & Bayaran, Jabatan Bendahari, Paras 3, Bangunan Canselori, UKM Bangi. Sekian, terima kasih.

S3
e-Tender UKM melalui Internet;
Kepada Tuan/Puan, Saya adalah salah satu pembekal equipment untuk pengajian pendidikan (Education Equipment) kepada Kolej dan Universiti. Dari mana saya boleh tahu (cari) tender UKM yang akan/telah keluar melalui ruang INTERNET. TQ
J3
Maklumat iklan tender di UKM boleh di perolehi di surat-surat khabar utama atau laman web http://202.185.33.76/etender/tawaran.cfm


Unit Stor Pusat
S1
Pembekalan uniform;
Bila sebutharga untuk perkhidmatan jahitan dan pembekalan textile untuk kakitangan di keluarkan.
J1
Sebutharga untuk pembekalan pakaian seragam kakitangan biasanya dikeluarkan sebelum pertengahan tahun. Sekian, dimaklumkan.

Hakcipta Terpelihara © 2007 Jabatan Bendahari, Universiti Kebangsaan Malaysia
Kemaskini Akhir : 16/03/2012
Pengunjung Kini : 483543
Jabatan Bendahari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Malaysia
Telefon:
(Rujuk Direktori Kakitangan) Fax: 03-8925 3058 e-mail: bndahari@ukm.my