Panduan Kutipan Hasil

Unit Kutipan Hasil, Bahagian Hasil, Aras 1, Bangunan Canselori, Jabatan Bendahari UKM

No. Telefon Untuk Dihubungi:  89215173 / 4760

Email:     bkhjben@ukm.edu.my

Soalan Lazim

Soalan 1:        Bagaimana untuk membuat pendaftaran sebagai syarikat pembekal di UKM?

Jawapan:       Pendaftaran boleh dibuat di laman web www.ukm.my/epembekal

 

Soalan 2:        Bagaimana untuk membuat pembayaran secara online?

Jawapan:       Untuk pembayaran yuran pelajar boleh menggunakan CimbClicks (paybill), BIMB (Bill Presement) dan juga epayment melalui web pelajar, manakala untuk pembayaran selain yuran pelajar, boleh membuat pindahan terus ke akaun CIMB UKM (8002234307).

 

Soalan 3:        Saya telah membuat pembayaran yuran secara online melalui CIMBCLICKS, bagaimana untuk saya mendapatkan resit rasmi UKM?

Jawapan:       Resit rasmi boleh didapati di kaunter Unit Hasil & kaunter Unit Kewangan Pelajar.

 

Soalan 4:        Saya telah buat transaksi pindahan ke akaun UKM, adakah saya boleh dapatkan resit rasmi UKM?

Jawapan:       Perlu mengemukakan bukti pembayaran ke Unit Hasil bagi mendapatkan resit rasmi UKM atau boleh juga emailkan kepada bkhjben@ukm.edu.my.

 

Soalan 5:        Bagaimana cara untuk semak yuran pelajar?

Jawapan:       Pelajar boleh membuat semakan yuran pelajar di Portal Kewangan (E-FAST).

 

Soalan 6:        Di manakah boleh saya dapatkan slip bank/resit rasmi/resit manual/invois UKM?

Jawapan:       Di kaunter Unit Hasil, Jabatan Bendahari.

 

Soalan 7:        Bagaimanakah proses untuk mendapatkan surat kuasa mengurus hasil di PTJ?

Jawapan:       Permohonan surat kuasa perlu dihantar ke Unit Hasil, Jabatan Bendahari dan surat pelantikan kuasa yang akan dikeluarkan mestilah ditandatangani oleh Pengarah Eksekutif Kewangan.

 

Soalan 8:        Saya ingin membuat bayaran melalui cek, siapakah nama penerima cek?

Jawapan:        Cek hendaklah ditulis atas nama ‘UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA’.

 

Soalan 9:        Bagaimanakah cara untuk membuat bayaran ke akaun UKM jika pembayar berada di Luar Negara?

Jawapan:       Pembayaran daripada luar Negara ke akaun UKM boleh dibuat secara pindahan (REMITTANCE CREDIT ke akaun CIMB: 8002234307 (UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA), Swift Code: CIBBMYKL, Alamat Bank: CIMB UNIKEB).

 

Soalan 10:      Bagaimanakah proses untuk mengadakan terimaan hasil bagi program di luar waktu bekerja?

Jawapan:       Kakitangan yang bertanggungjawab perlu mendapatkan surat kuasa mengurus hasil dan dapatkan buku resit manual di Unit Hasil.