Language

Penafian Terjemahan Bahasa Ketiga

Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan selepas pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer . Kebarangkalian kandungan mungkin berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Universiti Kebangsaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kesalahan maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal di dalam Bahasa Inggeris dan Malaysia.

Jabatan Bendahari

Panduan Perolehan

Garis Panduan Permohonan Mengadakan Bengkel/Persidangan Di Luar Kampus
1.TUJUAN
Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua pusat tanggungjawab mengenai Garis Panduan Mengadakan Bengkel/Persidangan Di Luar Kampus,

2.LATARBELAKANG
Merujuk kepada Pekeliling Bendahari Bil. 212014 Garis Panduan Perbelanjaan Berhemat Bagi Mengurangkan Perbelanjaan Universiti, PTJ diminta mengadakan bengkel/persidangan di dalam kampus.
Sekiranya PTJ mempunyai justifikasi untuk mengadakan di luar kampus hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:-
2.1 Tempoh permohonan adalah 3 minggu sebelum bengkel/persidangan berlangsung;
2.2 Justifikasi keperluan mengadakan bengkel di luar kampus;
2.3 Kadar tempat kursus adalah berpatutan; dan
2.4 Mematuhi tatacara perolehan yang ditetapkan.

3.KUATKUASA
3.1 Pekeliling ini berkuat kuasa pada tarikh ia dikeluarkan dan hendaklah dibaca bersekali dengan
PekeliIing Bendahari Bil. 3/2012, Bil. 2/201 4 dan Bil. 13/2014.

Muatturun
Kelewatan Mengemukakan Dokumen Dan Borang Permintaan Pesanan Rasmi Ke Jabatan Bendahari

Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

Dimaklumkan pihak kami kerap menerima Borang Permintaan Pesanan Rasmi (BPPR) disaat akhir sebelum bekalan dan perkhidmatan diperlukan oleh PTJ. Sukacita mendapat kerjasama PTJ untuk mengemukakan dokumen BPPR yang lengkap selewat-lewatnya seminggu sebelum pembelian barang atau tarikh majlis. Jika dokumen lewat diterima bagi program yang telah dirancang awal, Pesanan Rasmi tidak akan dikeluarkan dan semua perbelanjaan akan ditanggung sendiri oleh pihak penganjur atau PTJ.

Tarikh Kuatkuasa 4 Januari 2016
Muatturun Surat Edaran

Perubahan Dokumen Sebutharga 'B' Untuk Bekalan/Perkhidmatan melebihi RM20,000.00 Hingga RM50,000

Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

Surat pemakluman ini bertujuan untuk menerangkan Pekeliling Bendahari Bil.9/2014, para 4 (iii) iaitu berkaitan perolehan melebihi RM20,000.00 hingga RM50,000.00 setahun atau sesuatu kontrak . Berikuta adalah perubahan yang berkaitan : 1. Dokumen Sebutharga . 2.Senarai Semak Sebutharga ‘B’ , Borang Penilaian Sebutharga ‘B’ Dan Senarai Jawatankuasa Penilaian Sebutharga ‘B’ .

Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Zon Kewangan masing-masing .

Tarikh Kuatkuasa 10 Mac 2016

Muatturun Surat Edaran Muatturun Dokumen Sebutharga ‘B’
Pengunaan Mesin Penyalin Sebagai Mesin Cetak (Printer)

Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

Selaras dengan keperluan penjimatan dan perbelanjaan berhemah adalah disarankan agar PTJ dapat mengunakan kemudahan mesin penyalin sebagai mesin pencetak. Untuk makluman mesin penyalin yang dibekalkan kepada setiap PTJ dilengkapkan dengan fungsi “network printer”  yang mana boleh digunakan sebagai mesin pencetak.

Sila berhubung dengan pihak pembekal dan Pusat Teknologi Maklumat bagi tujuan konfigurasi.

Tarikh Kuatkuasa 21 November 2016

Muatturun Surat Edaran