Pekeliling Bendahari Bil.11/2016 – Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2017

Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2017. Jadual pembayaran gaji adalah seperti di Lampiran 1.

Sehubungan dengan itu bagi melancarkan proses pembayaran gaji, semua kakitangan adalah diingatkan supaya mengemukakan semua borang tuntutan yang berkaitan seperti tuntutan Elaun Kerja Lebih Masa, Elaun Makan, Elaun Tugas Atas Panggilan (On-Call) serta meluluskan tuntutan melalui Sistem Pengurusan Kerja dan Lebih Masa (SPKLM) pada tarikh yang telah ditetapkan. Tarikh akhir penghantaran borang tuntutan boleh dirujuk pada Lampiran 2. Tuntutan yang lewat diterima akan diproses dan dibayar pada gaji bulan berikutnya.

Pemakluman akan diberitahu sekiranya berlaku pertukaran tarikh bayaran gaji dan tarikh akhir penghantaran borang tuntutan melalui edaran pekeliling, laman web Jabatan Bendahari dan sebaran pada Portal eWarga.

Muatturun Pekeliling