Pekeliling Bendahari Bil.3/2017 – Penyata Pendapatan Tahunan 2016 dan Penghantaran Borang Cukai Individu/ Sistem e-Filing

Sukacita dimaklumkan bahawa Penyata Pendapatan Tahunan 2015 boleh diperolehi melalui laman web Sistem Maklumat Kakitangan (SMK) mulai pada 24 Februari 2017 dan boleh dicapai melalui menu e-Penyata.

Sehubungan dengan itu, pembayar cukai adalah bertanggungjawab untuk mengisi dan mengemaskini borang Cukai Pendapatan Individu (Borang BE)/ e-Filing yang telah ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Perincian maklumat berkaitan e-Filing boleh didapati dengan melayari laman web LHDN iaitu https://www.hasil.gov.my dan panduan e-Filing di https://e.hasil.gov.my

Pembayar cukai hendaklah mengemukakan Borang BE/ e-Filing selewat-lewatnya sebelum atau pada 30 April 2017. Sebarang bantuan dan pertanyaan boleh berhubung dengan pegawai berikut:
a. Cik Hamidah Nayan, Unit Gaji Kakitangan 03-89215028
b. Encik Mohd Azri, Unit Gaji Kakitangan 03-89215454
c. Encik Norli @ Ahmad bin Jusoh , Bahagian Gaji dan Elaun PPUKM 03-91455239.

Muatturun Pekeliling