Language

Penafian Terjemahan Bahasa Ketiga

Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan selepas pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer . Kebarangkalian kandungan mungkin berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Universiti Kebangsaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kesalahan maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal di dalam Bahasa Inggeris dan Malaysia.

Jabatan Bendahari

Pengenalan

Jabatan Bendahari ditubuhkan selari dengan penubuhan UKM iaitu pada 17 Mei 1970. Bermula di kampus sementara Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur dan berpindah ke Bangi, Selangor pada tahun 1978 apabila Universiti Kebangsaan Malaysia berpindah ke kampus tetapnya. Setelah lebih 30 tahun kewujudannya, seramai 5 orang Bendahari telah dilantik menerajui pentadbirannya

  1. Megat Abdul Rahman Bin Megat Ahmad (1970-1973)
  2. Ashaari Bin Ayub (1973-1974)
  3. Ishak Bin Imam Abas (1974-1978)
  4. Omar Bin Ahmad (1978-1999)
  5. Mohd Abd Rashid Bin Mohd Fadzil (1999- 1 Mac 2015)
  6. Khalijah Binti Haji Bakar (1 Oktober 2015 – kini)

Jabatan ini diterajui oleh Pengarah Eksekutif Kewangan selaku Ketua Jabatan dan dibantu oleh dua orang Timbalan Pengarah Eksekutif Kewangan (Dasar) dan Timbalan Pengarah Eksekutif Kewangan (Operasi), seorang Eksekutif Pentadbiran, 5 orang Pengurus Kewangan Kanan (W52), 2 orang Pengurus Kewangan (W48), 6 orang Eksekutif Kewangan Kanan, seorang Pengurus Zakat dan seramai 200 orang kakitangan sokongan pelbagai peringkat. Jabatan ini mempunyai 14 bahagian yang melaksanakan fungsi dan operasi kewangan universiti.