PROGRAM BIOLOGI

Pusat Pengajian Sains Sekitaran & Sumber Alam

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Format Penulisan Kertas Projek 1

1. Kertas A4 (210mm x 297mm) berwarna putih dibenarkan.

2. Jumlah keseluruhan Kertas Projek I tidak melebihi 10 mukasurat (tidak termasuk lampiran).

3. Huruf Times New Roman bersaiz 12 poin dibenarkan.

4. Bahagian teks am manuskrip hendak diselang satu langkau.

5. Tajuk-tajuk hendak ditaip santak tengah dan ditulis dalam huruf besar.

6. Nombor halaman hendaklah diletakkan di sudut bawah sebelah kanan. Penomboran dikecualikan pada mukasurat pertama.

7. Gaya Jurnal Sains Malaysiana digunakan untuk Kertas Projek I.


Kandungan Kertas Projek I

Kertas Projek I adalah penulisan hasil daripada latihan ilmiah bagi peringkat permulaan. Format penulisan adalah mengikut format penulisan manuskrip Jurnal Sains Malaysiana. Secara keseluruhan, Kertas Projek I mengandungi bahagian Abstrak, Pendahuluan, Bahan Dan Keadah, Hasil Dan Perbincangan, Rujukan dan Lampiran (jika ada).

Abstrak

1. Kandungan abstrak mesti menjelaskan hasil atau pertemuan kajian secara ringkas, padat dan tepat.

2. Abstrak hendak ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

3. Abstrak hendak dicondongkan.


Pendahuluan

Bahagian ini mengandungi ulasan kepustakaan, latar belakang kajian dan objektif kajian.


Bahan dan Kaedah

Bahagian ini menjelaskan kawasan kajian, bahan kajian, kaedah-kaedah yang digunakan dan analisis statistik yang digunakan.


Hasil dan Perbincangan

1. Bahagian ini mengandungi matlamat yang telah dicapai dan matlamat yang belum dicapai berbanding dengan matlamat yang asal projek ini.

2. Hasil yang telah diperolehi sehingga kini perlu dilaporkan dalam bentuk jadual, geraf atau buah fikiran/jangkaan hasil.

3. Rancangan projek seterusnya. Nyatakan sama ada mengikut jadual msa atau tidak.


Rujukan

1. Penyeranaian bahan rujukan adalah mengikut Gaya Jurnal Sains Malaysiana

2. Penggunaan rujukan di dalam teks mestilah menggunakan sistem pengarang-tarikh. Misalnya, Arisol (1985), (Mustaffa 1987) atau (Ramli Jaya 1985; Supian 1987).

3. Rujukan yang disenaraikan pada penghujung teks hendaklah diatur mengikut abjad dan disenaraikan seperti berikut:

4. Untuk makalah daripada jurnal: Nama pengarang, tahun, tajuk, nama jurnal, jilid dan halaman. Misalnya:Austin, P.R. & Brine, C.J. 1981. Chitin Powder. U.S. Patent 4:286

5. Untuk buku: Nama pengarang, tahun, tajuk, lokasi penerbit dan penerbit. Misalnya: Heftmann, E. 1975. Chromatography. New York: Van Nostrand Reinhold Co.

6. Semua bahan rujukan dalam teks mesti disenaraikan dalam bahagian rujukan.


Lampiran

Hanya data mentah dikemukakan dalam bahagian ini


Tarikh-Tarikh Penting Latihan Ilmiah I dan Latihan Ilmiah II

1. Seminar cadangan projek dibentangkan pada minggu ke-7 semester I.

2. Kertas Projek I hendak diserahkan kepada penyelia pada minggu ke-15 semester I.

3. Pelajar digesa berhenti kerja amali dan menyerah balik radas pada minggu ke-9 semester II. Notis tarikh akhir penyerahan Kertas Projek II (tesis) akan dimaklumkan.

4. Pelajar diminta menyerah Kertas Projek II selewat-lewatnya pada minggu ke-13 semester II.

5. Ujian lisan dikendalikan pada minggu ke-14 dan ke-15 semester II.