Bahagian Pengurusan Komputer
![]() |
![]() |
Bahagian Pengurusan Komputer adalah salah satu bahagian dari sayap Timbalan Pengarah Perkhidmatan dan Pengurusan Infrastruktur. Bahagian ini bertanggungjawab memberikan perkhidmatan baikpulih, sokongan teknikal perkakasan komputer, menguruskan agihan komputer dan pemasangan perisian. Bahagian ini terdiri daripada 2 unit iaitu :
1. Unit Perkakasan dan Perkhidmatan
Selain daripada itu, Bahagian Pengurusan Komputer (BPK) bertanggungjawab memberikan bantuan teknikal bagi acara rasmi universiti. BPK memberikan perkhidmatan seperti berikut :
1. Membaikpulih perkakasan komputer termasuk pencetak dan mengurus pembersihan ancaman virus.
2. Memasang Sistem Maklumat Universiti (SMU).
3. Memasang perisian berlesen.
4. Menjalankan Audit Komputer.
5. Menguruskan Agihan Komputer
6. Menyelenggara komputer Dewan Kuliah, Makmal dan Kiosk yang dibawah kawalan PTM secara berjadual.
7. Memberi sokongan teknikal berkaitan ICT.







