Pejabat Naib Canselor

 

Pejabat > Pejabat Pro Naib Canselor

Pejabat-Pejabat Pro Naib Canselor

Pejabat Pro Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat)

Pro Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat) menerajui Pusat Strategi UKM sebagai Pengarah Eksekutif dan bertanggungjawab ke atas Pusat Komunikasi Korporat dan Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan.

  1. Merangka dan merancang hala tuju strategik Universiti;
  2. Merancang, melaksana dan memantau Pelan Strategik Universiti bagi merealisasikan enam (6) Keberhasilan Utama (KRA);
  3. Merancang pemantapan hala tuju dan perancangan strategi komunikasi korporat;
  4. Merancang dan melaksanakan promosi dan penjenamaan Universiti;
  5. Merancang hala tuju dan perancangan pembangunan profesional dan kepimpinan; dan
  6. Bertanggungjawab terus kepada Naib Canselor

Senarai Pusat Tanggungjawab

Pejabat Pro Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana)

Pro Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana) menerajui Pusat Khazanah UKM (sebelum ini Unit Hartanah) sebagai Pengarah Eksekutif dan bertanggungjawab ke atas Yayasan Canselor dan Jabatan Pembangunan.

  1. Merancang dan melaksana pelan pembangunan dan logistik kampus Bangi, Kuala Lumpur, Cheras dan Kampus Satelit / Makmal Alami;
  2. Merancang prasarana dan infrastruktur keseluruhan kampus;
  3. Merancang dan melaksana inisiatif penjanaan kewangan meliputi program pendidikan, aset, kepakaran dan operasi serta pelaburan perniagaan;
  4. Merancang kerjasama inisiatif Universiti-Swasta yang meliputi pembangunan, prasarana dan penjanaan;
  5. Merancang dan melaksana inisiatif kecekapan operasi dan penjimatan; dan
  6. Bertanggungjawab terus kepada Naib Canselor

Senarai Pusat Tanggungjawab

Pejabat Pro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur)

Pejabat Pro-Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur) telah beroperasi secara rasmi mulai 15 Januari 2018 di Aras 7, Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI), Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras Kuala Lumpur