Pejabat Naib Canselor

 

Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2016

Setelah menjelajah ke 5 zon seluruh negara, Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2016 (KPTN 2016) menutup tirainya di kampus UKM hari ini (3 April 2016). Program berjenama dan berimpak tinggi KPT dengan kerjasama semua IPT awam dan swasta dan agensi-agensi berkaitan. Jumlah pengunjung kesemuanya dijangka menjangkau 300 ribu kesemuanya. Saya pasti rakyat segenap lapisan menghargai dan memanfaatkan siri jelajah ini. Tahniah YB Dato Sri Idris Jusoh, kepimpinan KPT dan kesemua warga Pendidikan Tinggi Negara!

Pendidikan tinggi negara adalah tulang belakang pembangunan negara. Masyarakat berilmu adalah ramuan utama untuk meningkatkan pembangunan dan kesejahteraan dan kualiti kehidupan. Terima kasih pada semua pengunjung, para pelajar dan ibubapa yang berkunjung ke 6 siri jelajah KPTN 2016-Alor Star, Kuala Terengganu, Johor Bharu, Kota Kinabalu, Kuching dan hari ini Bangi.

KPTN-4 KPTN-3
KPTN-2 KPTN-1

Bertenaga sekali YB Dato Sri selaku 'show anchor' KPTN. Soaring Upwards-berkumandang seluruh negara. Riuh sekali setiap siri KPTN dengan laungan 'Soaring Upwards'-janji untuk terus menjulang meningkatkan kecemerlangan pendidikan tinggi negara.

UKM berterima kasih pada semua yang terlibat menjayakan majlis penutup ini dan juga sekitar 60 ribu pengunjung yang dijangka bertandang ke kampus hari Sabtu & Ahad.

Pada para pelajar yang akan memohon untuk kemasukan ke IPT Sesi 2016/17 ini, pastikan anda membuat keputusan yang sebaik mungkin. Dapatkan maklumat dan nasihat yang terbaik.

Saya dan Warga UKM amat mengalu-alukan saudara dan saudari untuk menyertai kami selaku Pendaulat Amanah Negara yang Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan. Sertailah Universiti Kebangsaan Malaysia dengan aspirasi yang hebat, bernilai tinggi dan komitment yang jitu untuk bersama mendokong misi universiti ini. Kami menanti saudara dan saudari September yang akan datang. Silakan!


(sumber: fb Noor Azlan Ghazali)