Pejabat Naib Canselor

 

Sistem Pemerintahan Malaysia Rapuh?
25 Ogos 2015

Institusi Bebas Penting Bagi Lindungi Amalan Semak Dan Imbang

Perkasa Sistem Pemerintahan

SEJAK mutakhir ini ada pihak tidak bertanggungjawab yang telah menggunakan media sosial bagi melancarkan perang psikologi terhadap rakyat dengan matlamat mewujudkan persepsi kononnya pemerintahan Malaysia kini cukup rapuh.

Pihak berkenaan mengambil kesempatan daripada rombakan Kabinet dan pertukaran jawatan beberapa individu yang menerajui institusi utama negara yang berperanan sebagai check and balance (semak dan imbang) seperti Jabatan Peguam Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sebagai alasan untuk mengukuhkan hujah mereka.Cukup menyedihkan apabila terdapat dalam kalangan rakyat yang terpengaruh dengan dakyah ber¬kenaan berpunca daripada kejahilan mereka terhadap Perlembagaan Persekutuan yang telah berjaya memakmurkan negara sejak kita merdeka 58 tahun lampau.

Perlembagaan yang berasaskan kepada kaedah pemerintahan yang terdapat di United Kingdom (UK) memberi penekanan kepada pembahagian kuasa antara Yang di-Pertuan Agong, badan eksekutif, badan perundangan (Parlimen), badan kehakiman dan pelbagai suruhanjaya yang ditubuhkan. Perkara itu diakui oleh Presiden Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Tunku Zain Al’-Abidin Tuanku Muhriz yang menegaskan Perlembagaan Persekutuan adalah tunggak utama yang menggariskan asas dalam mewujudkan institusi penting yang berperanan menggerakkan negara dan berfungsi sebagai semak dan imbang.

Menurut beliau, bagi mengelakkan setiap pihak mempunyai fahaman yang terlalu berbeza tentang apa termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sehingga berlakunya pertelagahan, maka pihak yang membaca dan mentafsir Perlembagaan negara perlu terlebih dahulu mendalami sejarah dan visi tokoh-tokoh yang menggubalnya. Beliau menyam¬paikan pandangan itu dalam ucaptama pada program Advokasi Ilmuwan Majlis Profesor Negara (MPN) bersama Utusan Malaysia dan Radio Tele¬visyen Malaysia (RTM) di Persada Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, semalam.Siri keempat program dialog selama sejam yang mengetengahkan ilmuwan dari MPN dan institusi lain membincangkan tajuk ‘Sistem Pemerintahan Malaysia Rapuh?’

Sumber: http://www.utusan.com.my/rencana/perkasa-sistem-pemerintahan-1.128604

GST: Kemelut dan Langkah ke Hadapan
30 Jun 2015

GST

UKM News Portal-Tujuan GST Memperbaiki Ekonomi Negara

Memahami Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP)

CBP dilevi dikenakan dicaj ke atas pembekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat dalam menjalankan atau meneruskan perniagaan di Malaysia oleh orang kena cukai. CBP juga dikenakan ke atas pengimportan barang dan perkhidmatan.

Pembekalan bercukai adalah pembekalan yang berkadar standard atau berkadar sifar. Manakala pembekalan dikecualikan dan di luar skop bukan pembekalan bercukai. CBP akan dilevi dan dikenakan ke atas nilai pembekalan.

CBP hanya boleh dilevi dan dikenakan jika perniagaan itu berdaftar. Sesuatu perniagaan tidak bertanggungjawab untuk didaftarkan jika nilai pusingan tahunan pembekalan bercukai tidak mencapai nilai ambang yang ditetapkan. Oleh itu, perniagaan itu tidak boleh mengenakan dan memungut CBP atas pembekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat kepada pelanggan mereka. Bagaimanapun, perniagaan boleh memohon untuk berdaftar secara sukarela.

Hampir semua negara mengenakan cukai pendapatan iaitu peratusan daripada pendapatan individu atau keuntungan perniagaan. Kerajaan juga boleh mendapatkan hasil dengan mengenakan cukai ke atas pengilangan atau jualan barang seperti cukai jualan dan duti eksais. CBP adalah salah satu kaedah memungut cukai yang lebih baik daripada yang lain.

Sumber: http://gst.customs.gov.my/ms/gst/Pages/gst_un.aspx