Penyelidik Muda UKM Menang Anugerah Usahawan Inovator Baharu 2016

BANGI, 16 Disember 2016 – Penyelidik muda Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mohamad Hanif Md Saad, telah memenangi Anugerah Usahawan Inovator Baharu Tahun Pengkomersialan Malaysia 2016 yang diadakan di KLCC, baru-baru ini. Pertandingan tersebut telah menyaksikan UKM sebagai satu-satunya universiti yang berjaya memenangi anugerah dan telah mengalahkan 40 universiti lain yang telah disenarai pendek. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Baca lebihnya

Translate »