Cabaran Proton Green Mobility (PGMC)

Cabaran Proton Green Mobility  2012

5-7 Oktober 2012
Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia

Pada tahun 2012, PROTON dengan kerjasama Agensi Innovasi Malaysia (AIM) telah menganjurkan “Proton Green Mobility Challenge 2012” atau PGMC 2012. Pertandingan yang julung kalinya ini akan disertai bersama rakan strategi terdiri daripada MOSTI, Malaysian Green Technology Corporation (Green Tech Corp), agensi di bawah KeTTHA, Malaysia Automotive Institute, agensi di bawah MITI dan Persatuan Jurutera Automotif Antarabangsa, Malaysia (SAE International, Malaysia). Pertandingan ini bermatlamat untuk melahirkan para jurutera dalam pembangunan teknologi hijau masa depan untuk industri automotif di Malaysia melalui kerjasama tiga pihak dari Swasta, Kerajaan dan Institusi Pengajian Tinggi. Objektif utama pertandingan ini adalah:

  • Untuk menyuntik semangat dikalangan komuniti penyelidik dalam teknologi hijau yang terdapat dalam Institusi Pengajian Tinggi;
  • Untuk memajukan teknologi hijau seiring dengan strategi teknologi hijau Negara;
  • Untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang hala tuju masa depan PROTON sebagai pengeluar kereta Hybrid/EV global.

Sebanyak 10 pasukan yang terpilih iaitu dari UTP, UNITEN, UTM, UTeM, UKM, UIAM, UNIKL MSI, UniMAP, UMP, UNISEL perlu mengaplikasikan  amalan inovasi mereka ke dalam strategi dan pembangunan EV, pengurusan bateriteknologi kawalan motor elektrik dan pengurusan haba. Pasukan berkenaan akan menyelidik dan bekerja selama lebih kurang 9 bulan pada projek mereka dengan memberi tumpuan kepada strategi dan teknologi penjimatan tenaga. Pemenang keseluruhan akan menerima geran penyelidikan RM50,000, latihan dengan PROTON dan berpeluang untuk bersaing di peringkat global.

Oleh yang demikian, terdapat keyakinan yang besar di kalangan kakitangan UKM untuk terus meningkatkan keupayaan mereka serta meningkatkan bakat mereka dalam persekitaran yang kondusif, sihat dan sokongan seperti yang disediakan oleh universiti. Perkembangan  semasa dalam penyelidikan Green Mobility adalah di bawah satu atau dua bidang khusus kami. Ia memberikan kebanggaan besar kepada pasukan, melalui Pusat Penyelidikan Automotif (CAR) kami dapat menyumbang untuk meningkatkan  peringkat kecemerlangan universiti  melalui kejayaan kami dalam cabaran itu.

Pasukan yang dikenali sebagai ICE (Enjin Pembakaran Dalam) Terminator adalah terdiri dari penyelidik, juruteknik dan pelajar dari Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina (FKAB) UKM. Dalam fakulti, pertandingan ini diterajui oleh Pusat Penyelidikan Automotif (CAR). Pasukan yang mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia, adalah salah satu daripada empat universiti penyelidikan di Malaysia pada tahun 2006 berdasarkan rekod cemerlang dalam penyelidikan selama 40 tahun. Selaras dengan slogan UKM, ‘Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan‘, universiti komited sepenuhnya dalam meningkatkan tahap kecemerlangan melalui lapan bidang penyelidikan khusus; Cabaran kepada Pembangunan Negara, Pembangunan Wilayah Lestari, Tenaga Keterbaharuan, Kesihatan dan Teknologi Perubatan, Perubahan Iklim, Nanoteknologi dan Bahan Termaju, Kepelbagaian Biologi dalam Pembangunan Bioteknologi dan ICT: Kandungan Informatics .

Ahli Pasukan

Dr. Wan Mohd Faizal Wan Mahmood (Pengurus Pasukan), Dr. Afida Ayob (Pembantu Pengurus Pasukan), Prof. Ir. Dr. Mohd. Marzuki Mustafa, Prof. Dr. Shahrum Abdullah, Prof. Dr. Hjh. Azah Mohamed, Prof. Dr. Aini Hussain, Prof. MAdya Dr. Rozli Zulkifli, Prof. Madya Dr. Mariyam Jameelah, Dr. Rizauddin Ramli, Dr. Sallehuddin Mohamed Haris, Dr. Nizaroyani Saibani, En. Yushaizad Yusof, En. Zulkhairi Zainal Abidin, En. Mohd Anas Mohd Sabri, En. Hanief Ahmad Azam, En. Azli Arifin, En. Hilmi Sanusi, En. Abdul Saiyuti Arif Abdul Aziz, En. Ahmad Asrul Ibrahim, En. Mohd Hairi Mohd Zaman, En. Azhari Shamsudeen, Pn. Seri Mastura Mutaza, En. Ahmad Fadhil Ismail, En. Muhammad Najib Senin, En. Mohammad Nazmi Abd Razak, En. Ahmad Nazri Mohd Ali, En. Mohd Firdaus Hafidzuddin, En. Hamzah Nayan, En. Mohd Saifulnazri Hussin, En. Muhammad Firdaus Eliyasak.

Nama Kereta/Pasukan: ICE Terminator

DSC_0885DSC_0658DSC_0687DSC_0699DSC_0708DSC_0727DSC_0873DSC_0845DSC_0816

http://greenmobilitychallenge.com.my
http://ice-terminator.blogspot.com

Translate »