Sejarah

 centre

Pusat Penyelidikan Automotif (CAR) telah ditubuhkan secara rasminya sebagai pusat penyelidikan di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia pada bulan Februari 2009. Cadangan penubuhan pusat ini pertama kalinya dibangkitkan pada tahun 2007, dengan tujuan mensinergi pen-yelidikan yang sedia ada dalam bidang kejuruteraan automotif.

Namun begitu, penyelidikan berkaitan automotif dinamik kenderaan dan enjin pembakaran dalaman (ICE) telah dijalankan oleh ahli-ahli fakulti/jabatan sejak tahun 2002 lagi. Antara bidang-bidang penyelidikan yang dijalankan adalah keselamatan kenderaan; bunyi, getaran dan kekasaran (NVH); dinamik tayar; ergonomik kenderaan; kestabilan aerodinamik kenderaan; reka bentuk enjin automotif; kelesuan komponen kenderaan dan aplikasi struktur dalam automotif.

Penyelidikan ini kebanyakannya dibiayai oleh pelbagai sumber termasuk geran penyelidikan dalaman UKM, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan sebagainya. Selain itu, CAR juga menjalinkan kerjasama aktif dengan institusi pengajian tinggi awam lain serta kerjasama dengan industri automotif.

Translate »