Pusat Penilaian Pendidikan

Pusat ini diwujudkan sebagai sumber untuk membantu pembelajaran penilaian berdasarkan penyelidikan untuk penambahbaikan amalan penilaian serta membuat keputusan oleh penyelidik, pembuat dasar dan pengamal di peringkat sekolah, pusat pengajian tinggi dan industri penilaian berdasarkan penyelidikan.

Fokus utama pusat ini ialah aspek pengukuran dan penilaian dalam bidang pendidikan. Aspek pendidikan yang ditakrifkan adalah berkaitan pendidikan untuk nilai-nilai, pengetahuan, kemahiran asa serta pembangunan kemahiran kognitif, dan aspek psikologi dan sosiologi di pelbagai peringkat pendidikan sama ada sekolah mahupun institusi pengajian tinggi. Fokus pusat ini juga merangkumi kepada penilaian terhadap pogram-program dan dasar-dasar pendidikan yang dijalankan pada waktu semasa agar pelaksanaannya relevan seiring dengan masa. Pusat ini juga adalah pemain bebas dalam arena penilaian yang menjadi pusat rujukan dan menyediakan konsultasi berdasarkan penyelidikan dan interpretasi hasil penganalisisan data kajian yang berkaitan.

Hubungi Kami di:

Pusat Penilaian Pendidikan
Fakulti Pendidikan, UKM
Tel. Office: 03-89217155
Emai : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Take a look to this justhost review or hostmonster review and find out which web hosting provider is better.
Corporate Joomla Themes designed by Joomla Hosting