Aluan Pengarah

KATA-KATA ALUAN PENGARAH

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

Sejak penubuhannya pada tahun 2011, CESMED mengharungi pelbagai cabaran dalam membudayakan semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar dan para akademik. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 telah menggariskan lonjakan pertama: Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan dan Seimbang bagi mencapai aspirasi sistem dan pelajar. Kerangka ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada pelajar dan staf akademik untuk menguasai kemahiran keusahawanan menerusi sangkutan industri, inkubator perniagaan dan dasar laluan istimewa kepada perniagaan yang dipelopori pelajar.

UKM-CESMED berperanan sebagai satu unit perkhidmatan yang memberikan perkhidmatan Keusahawanan Akademik (AE) dan Keusahawanan Bukan Akademik (NAE). Selain itu, dalam mengubah minda komuniti universiti terhadap konsep keusahawanan, CESMED kini lebih memfokuskan kepada menghasilkan graduan yang mempunyai ‘entrepreneurial mindset’, melahirkan usahawan pelajar (Business founder) selain berupaya mengubah lanskap keusahawanan yang mana konsep baru keusahawanan menekankan pada penyelesaian masalah dan inovasi di kampus.

Selain daripada aktiviti pengajaran dan latihan, UKM-CESMED juga menganjurkan acara keusahawanan dengan kerjasama warga universiti, agensi, industri dan komuniti. Pelbagai usaha seperti membangunan modul latihan, penganjuran bengkel/seminar/klinik perniagaan untuk pelajar dan kakitangan, mentoring & coaching disamping sokongan kewangan, roadshow, bicara usahawan serta perlindungan dan pengkomersilan IP merupakan langkah yang berterusan untuk memastikan pelajar mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi dalam penyediaan graduan berkemahiran dan serba boleh ke arah membina kerjaya dalam bidang keusahawanan.

Laman web ini merupakan gambaran ringkas struktur dan aktiviti keusahawanan CESMED yang berjalan sepanjang tahun. Semua aktiviti yang berlangsung adalah untuk memberi peluang kepada pelajar merasai sendiri pengalaman sebagai seorang usahawan, berkongsi idea keusahawanan disamping mendorong pelajar meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehusahawanan seiring dengan matlamat UKM untuk menjadi salah satu institusi penting dalam melahirkan graduan berminda keusahawanan.

Akhir kata, semestinya usaha kami tidak akan berhenti setakat ini sahaja, malah berhasrat ingin memperkemaskan lagi aktiviti penyelidikan, penerbitan serta latihan dan jaringan bersama komuniti PKS dan agensi luar. Sekian terima kasih.

Semoga bermanfaat dan memberi kebaikan!

 

PROF. MADYA DR. NOOR AZUDDIN YAKOB

Pengarah

Pusat Pembangunan Keusahawanan dan EKS (UKM-CESMED)

Universiti Kebangsaan Malaysia