INOVASI PRODUK DAN KEUSAHAWANAN (CMIE6213)

INOVASI PRODUK DAN KEUSAHAWANAN (CMIE6213)

 3 KREDIT (Kursus Elektif – Ditawarkan pada semester 1 setiap sesi)

Sinopsis:

Kursus ini bertujuan membimbing pelajar untuk merancang penubuhan perniagaan. Ia memberi kemahiran meninjau dan mengaplikasi faktor-faktor luaran yang mempengaruhi perniagaan. Faktor diaplikasikan dari sudut dalaman melalui empat fungsian perniagaan (kewangan, pemasaran, pengeluaran dan sumber manusia). Kursus ini mensintesis  kemahiran menghasilkan rancangan perniagaan melalui tuntas bicara yang meyakinkan kepada bakal pembiaya dan pelabur. Pelajar dibimbing untuk membina rancangan perniagaan berasaskan pengetahuan dan pengalaman tentang persekitaran ekonomi dan penerokaan peluang perniagaan.

Hasil Pembelajaran Kursus:

  1. Pelajar mampu mengenalpasti, mengumpul dan menganalisa data serta masalah dalam keusahawanan
  2. Pelajar mampu membuat tuntas bicara dari segi konsep dan aplikasi keusahawanan
  3. Pelajar mampu menyediakan dan membentangkan rancangan perniagaan