Pusat Pembangunan Keusahawanan & EKS

 Centre for Entrepreneurship and Small & Medium Enterprises Development

INOVASI PRODUK & KEUSAHAWANAN I (CMIE 3013)

INOVASI PRODUK & KEUSAHAWANAN I (CMIE3013)

TarafElektif

ObjektifPelajar boleh mencipta perniagaan berdasarkan produk/perkhidmatan yang dibangunkan.

Semester ditawarkan – Semester 1,Tahun 3

SinopsisObjektif utama kursus ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar mengaplikasi pengetahuan asas dalam keusahawanan bagi merekabentuk dan membangun produk ataupun perkhidmatan serta mendapatkan pelanggan bagi produk/perkhidmatan tersebut secara kreatif dan berinovasi. Kursus ini dijalankan selama dua semester berturut-turut. Kursus ini disampaikan melalui e-pembelajaran dan perbincangan dalam kelas melibatkan pengenalpastian peluang perniagaan, merekabentuk dan analisis idea, pengenalpastian pelanggan dan pemetaan empati, merekabentuk perniagaan dan prototaip produk/ perkhidmatan. Pelajar akan bekerja dalam kumpulan kecil untuk membangunkan protosep (konsep prototaip) dan prototaip produk/servis yang mereka kenalpasti, dan menyediakan rancangan perniagaan untuk dibentangkan bagi tujuan ‘pitching’ kepada pelabur. Kursus ini memberi fokus kepada pembelajaran melalui pengalaman. Di akhir kursus ini, pelajar akan mempunyai pengalaman membina syarikat masing-masing dan mengendalikannya. Selain itu, untuk memenuhi keperluan latihan ilmiah, setiap pelajar perlu menulis laporan mengenai perniagaan atau produk yang dibangunkan.

HPK 

HPK 1 – Pelajar berkebolehan menjana idea perniagaan untuk dikormesilkan.

HPK 2 – Pelajar berkebolehan mengenalpasti ciri-ciri pelanggan ideal dan merangka strategi pemasaran.

HPK 3 – Pelajar mampu membangunkan cadangan perniagaan produk dan perkhidmatan berasaskan inovas

Translate »