PENGURUSAN STRATEGIK ENTERPRIS KECIL DAN SEDERHANA (CMIE6223)

PENGURUSAN STRATEGIK ENTERPRIS KECIL DAN SEDERHANA (CMIE6223)

3 KREDIT (Kursus Elektif – Ditawarkan pada semester 2 setiap sesi)

Sinopsis:

Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar terhadap dunia perniagaan sebenar. Kursus ini dijalankan selama 1 semester. Sepanjang kursus ini, pelajar akan bekerja dalam kumpulan kecil (5 orang) untuk membantu sebuah enterpris kecil dan sederhana (EKS) dalam membangunkan perniagaan mereka. Kursus ini memberi fokus kepada pembelajaran melalui pengalaman. Setiap kumpulan pelajar akan dipantau oleh seorang penyelia di UKM yang terdiri daripada pensyarah, disamping usahawan EKS tersebut. Semasa latihan, pelajar akan melakukan pelbagai aktiviti yang berkenaan untuk membantu EKS. Kaedah COBLAS akan digunakan untuk menyampaikan modul ini. Di awal latihan, pelajar akan melakukan analisis kekuatan dan kelemahan EKS serta melakukan aktiviti penyelidikan pasaran untuk mereka. Lakaran kanvas perniagaan, model atribut perniagaan akan dikaji. Hasil dapatan kajian yang dijalankan akan dikongsi dengan pemilik EKS. Seterusnya, pelajar akan mencadangkan pelan dan tindakan yang ingin mereka jalankan untuk membantu EKS tersebut. Dengan persetujuan pemilik EKS dan pemantauan penyelia, mereka akan melakukan pelbagai aktiviti seperti promosi, pengoperasian, pembangunan laman sesawang, pengurusan catatan kewangan dan lain-lain untuk menambah baik perjalanan perniagaan EKS yang dibantu. Di akhir latihan, pelajar dikehendaki mengemukakan laporan tentang latihan yang dijalani dan membuat pembentangan kepada panel penilai.

Hasil Pembelajaran Kursus:

  1. Pelajar mampu mengenalpasti, mengumpul dan menganalisa faktor-faktor strategik dalaman dan luaran yang mempengaruhi prestasi enterpris kecil dan sederhana (EKS)
  2. Pelajar mampu merangka dan menambahbaik strategi pemasaran, prosedur operasi perniagaan dan urusan kewangan EKS
  3. Pelajar mampu membentangkan secara lisan dan bertulis berkenaan pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi dari latihan