USAHANIAGA LANJUTAN (CMIE3016)

USAHANIAGA LANJUTAN (CMIE3016)

 6 KREDIT (Kursus Elektif – Ditawarkan pada semester 1 & 2 setiap sesi)

Sinopsis:

Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar mengaplikasi pengetahuan asas dalam keusahawanan bagi mereka bentuk dan membangun produk atau pun perkhidmatan serta mendapatkan pelanggan bagi produk/perkhidmatan tersebut secara kreatif dan berinovasi. Kursus ini dijalankan selama dua semester berturut-turut. Kursus disampaikan melalui e-pembelajaran dan perbincangan dalam kelas melibatkan pengenalpastian peluang perniagaan dan pembangunan produk atau servis inovatif, pembinaan pasukan yang efektif, perlindungan harta intelek, teknik pemasaran, pengurusan kos dan aliran tunai, dan pembinaan rancangan perniagaan. Pelajar akan bekerja dalam kumpulan kecil (5-7 orang) untuk membangunkan protosep (konsep prototaip) dan prototaip produk/servis yang mereka kenalpasti, menjalankan pencarian paten dan memfailkannya (sekiranya perlu), membina strategi pemasaran, menubuh syarikat, membina laman sesawang dan menyediakan rancangan perniagaan untuk dibentangkan bagi tujuan ‘pitching’ kepada pelabur. Kursus ini memberi fokus kepada pembelajaran melalui pengalaman. Di akhir kursus pelajar akan mempunyai pengalaman membina syarikat masing-masing dan mengendalikannya.  Selain itu, untuk memenuhi keperluan latihan ilmiah, setiap pelajar perlu menulis laporan mengenai perniagaan atau produk yang dibangunkan.

Hasil Pembelajaran Kursus:

  1. Pelajar mampu membangunkan produk/perkhidmatan berasaskan inovasi teknologi
  2. Pelajar mampu menubuhkan syarikat dan merangka strategi pemasaran
  3. Pelajar mampu menyediakan dan membentangkan rancangan perniagaan

cmie2036_0

cmie2036_1