Pusat Pembangunan Keusahawanan & EKS

 Centre for Entrepreneurship and Small & Medium Enterprises Development

SELAMAT DATANG PELAJAR BARU UKM SESI 2020/2021

Tahniah kerana terpilih menjadi mahasiswa & mahasiswi UKM.

 

Link Video1 (Ucapan Pengarah & Timbalan)

UKM amat menggalakkan pelajar untuk menceburi bidang perniagaan bagi meningkatkan kemahiran dan pemikiran keusahawanan.

UKM-CESMED menyediakan pelbagai program keusahawanan bagi menyokong perniagaan anda semua sebagai mahasiswa & mahasiswi UKM.

Link Video2 (Video Pengenalan & ringkasan program)

 

Program Akademik UKM-CESMED

Pelajar boleh mendaftar kursus berkenaan perniagaan dan keusahawanan pada minggu pendaftaran pelajar setiap semester di tab CESMED.

CMIE 2123 Teknousahawan

CMIE 2213 Pembangunan Usahawan Mikro dan Kecil

CMIE 2313 Keusahawanan Sosial dan Inovasi

CMIE 2423 Pemasaran Digital

CMIE 3013 Inovasi Produk dan Keusahawanan I

CMIE 3023 Inovasi Produk dan Keusahawanan II

 

Program Bimbingan Usahawan Siswa

Program bimbingan eksklusif kepada pelajar yang menjalankan aktiviti keusahawanan konvensional (bukan teknologi) untuk meningkatkan kemahiran perniagaan dan memastikan kelangsungan perniagaan. Program terbuka kepada pelajar yang belum menjalankan perniagaan atau telah mempunyai pengalaman berniaga. Program terbahagai kepada tiga (3) kategori:

    • Elite Circle – Program bimbingan ekslusif kepada usahawan pelajar yang mempunyai perniagaan sendiri dan telah beroperasi lebih dari 6 bulan
    • Premium Circle – Bimbingan kepada usahawan siswa yang menjadi stokis, agen atau usahawan yang menjual semula (reseller) produk luar mahupun produk sendiri dan telah menjalankan perniagaan dari 3 ke 6 bulan
    • VIP Circle – Program ini dikhususkan untuk membimbing usahawan siswa yang menjalankan perniagaan dropship produk. Termasuk yang ingin menceburi bidang perniagaan

Sila lengkapkan pautan pendaftaran berikut untuk mendaftar
bit.ly/bimbinganusahawan

 

Program Bimbingan Tekno-Usahawan

Program bimbingan pelajar untuk memacu aktiviti keusahawanan dan penjanaan pendapatan berasaskan teknologi yang melibatkan aspek teknikal dan kejuruteraan.

Sila lengkapkan pautan pendaftaran berikut untuk mendaftar
bit.ly/bimbinganusahawan

 

Kelab Keusahwanan Pelajar di bawah UKM-CESMED

    • CESMED Buddies
    • Enactus
    • Agrosis

Kami amat mengalukan kehadiran kesemua pelajar ke program anjuran UKM-CESMED bagi meningkatkan kemahiran insaniah pelajar dan perniagaan para pelajar UKM secara khususnya.

Hubungi kami di talian

0389214880 (Talian Utama)
atau
0389215376 (untuk kursus akademik)
atau
0389213287  (untuk program keusahawanan)

Like Facebook UKMCESMED untuk update program terkini dari kami
www.facebook.com/UKMCESMED

Translate »