Kursus Citra Wajib

LMCW2143 – Falsafah dan Isu Semasa

Kursus ini merangkumi hubungan bidang falsafah dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara. Kursus ini bertujuan agar pelajar dapat memahami bidang falsafah sebagai alat untuk mengharmonikan budaya pemikiran tentang kehidupan melalui seni dan kaedah berfikir serta konsep insan. Topik utama dalam falsafah iaitu epistemologi, metafizik dan etika dibincangkan dalam konteks isu semasa. Penekanan diberi kepada falsafah sebagai asas bagi menjalin dialog antara budaya serta memupuk nilai sepunya. Perbincangan mengenai isu semasa dibuat melalui perspektif perbandingan antara falsafah, sains dan peradaban.

This course covers the relation between the field of philosophy and the National Education Philosophy as well as Rukun Negara. This course aims to enable students to understand the field of philosophy as a tool to harmonize cultures of thinking about life through the arts and ways of thinking as well as through the concepts of insan (Malay for ‘human’). The main topics in philosophy are epistemology, metaphysics and ethics are discussed in the context of current issues. Emphasis is given to philosophy as a basis for inter-cultural dialogue and to foster common values. Discussions on current issues are made through a comparative perspective between philosophy, science and civilization.

Bacaan Asas

  • Blackburn, S. 2016. The Oxford Dictionary of Philosophy. Oxford, United Kingdom: Oxford University Press.
  • Dzulkifli, A.R. & Rosnani, H. 2019. Pentafsiran Baharu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelaksanaannya Pasca 2020. Kuala Lumpur: IIUM Press.
  • Rosnani, H. 2017. Revitalization of Philosophy And Philosophical Inquiry in Muslim Education. Kulliyah of Education, IIUM.
  • Shaharir Mohamad Zain. 2018. Falsafah Ilmu: Daripada Karya-Karya Besar Sains & Matematik Islam Malayonesia. Kajang: Akademi Kajian Ketamadunan.
  • Syed Muhammad Naquib al-Attas. 2019. Islam and Secularism. Kuala Lumpur: Ta’dib International

 

LMCW2153 – Penghayatan Etika dan Peradaban

Kursus ini menjelaskan tentang konsep etika daripada perspektif peradaban yang berbeza, memperkenalkan tahap kemajuan sosial dan perkembangan kebudayaan merentasi etnik. Kursus ini merangkumi perkembangan etika dan peradaban dari perspektif pelbagai tamadun. Selain itu, perbincangan dan perbahasan berkaitan isu-isu kontemporari dalam aspek ekonomi, politik, sosial, budaya dan alam sekitar daripada perspektif etika dan peradaban dapat melahirkan pelajar yang bermoral dan profesional. Penerapan amalan pendidikan berimpak tinggi (HIEPs) yang bersesuaian digunakan dalam penyampaian kursus ini. Di akhir kursus ini pelajar dapat menghubung kaitkan etika dan kewarganegaraan berminda sivik.

This course exposes the concept of ethics from diverse perspectives on civilizations, it introduces various social and cultural developments across ethnic groups. This course comprises of the growth of ethics and civilization from various civilization perspectives. In addition, discussions and debates on contemporary issues related to economic, politic, social, culture and environment from an ethical and civilization perspective can enhance students’ moral and professional attributes. Some relevant high impact education practices (HIEPs) will be applied in the teaching and learning of this course. At the end of this course students should be able to relate to ethics and civic-minded citizenship.

Bacaan Asas

  • Cheng, Y. 2016. Islam and Secularism: The Quest for A Unity of Knowledge. Kuala Lumpur: IIUM Press, International Islamic University Malaysia.
  • Harari, Y.N. 2017. Homo Deus: A Brief History of Tomorrow. Australia: Harper Collins.
  • Iansiti, M & Lakhani, K.R. 2020. Competing in the Age of AI: Strategy and Leadership When Algorithms and Networks Run the World. Boston, MA: Harvard Business Review Press.
  • MacKinnon, B. 2015. Ethics: Theory and Contemporary Issues (8th ed.). Stamford, CT: Cengage Learning.
  • Maszlee Malik. 2017. Foundations of Islamic Governance: A South East Asian Perspective (1st ed). London & New York: Routledge.

 

LMCW1022 – Asas Keusahawanan dan Inovasi

Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan keusahawanan kepada semua pelajar UKM. Objektif utama adalah untuk memberi ilmu asas keusahawanan kepada pelajar, serta mendorong pelajar UKM  untuk menceburi bidang keusahawanan sebagai salah satu pilihan kerjaya yang patut diberi perhatian. Konsep dan teori keusahawanan meliputi pembinaan pasukan dan kepimpinan, strategi dan pengurusan, pemasaran dan kajian pasaran, kewangan, pembuatan/penghasilan serta kemahiran pembentangan lisan akan diajar. Kaitan antara pelbagai komponen perniagaan yang diajar digarap melalui simulasi perniagaan yang akan dijalankan oleh pelajar, secara individu dan juga berkumpulan. Pelajar juga akan mengadakan perbincangan dan membentangkan satu rancangan perniagaan.

This course aims to introduce to an entrepreneurship to all UKM students. Its main objective is to provide basic knowledge of entrepreneurship to the students and to encourage them to choose business as their career option. The concepts and theory of entrepreneurship that include team building (teaming) and leadership, strategy and management, marketing and market research, finance, manufacturing or production and oral presentation will be taught. Students will apply the link between various business components taught in the course individually and in groups.  Students will also have discussions and present a business plan.

Bacaan Asas
  • Rosilah H., Norngainy T., Mohd Hizam H., Wan Mimi Diyana W. Z. (pnyt) et. al. 2017. Principles of Entrepreneurship and Innovation.Edisi Ketiga. Bangi: Pusat Citra UKM.
  • Sodri Ariffin & Syahira Hamidon (pnyt). 2017. Introduction to Entrepreneur. Kuala Lumpur: Oxford Fajar.
  • Norasmah O., Rosilah H., Wan Mimi Diyana W. Z. (pnyt). 2017. Pendidikan Asas Keusahawanan. Bangi: Penerbit UKM.
  • J & Tid. J . 2011. Innovation and Entrepreneurship. UK: John Wiley & Sons.
  • Bters, T.H., Dorf, R.C., & Nelson, A.J., 2014. Technology Ventures: From Idea to Enterprise.Edisi keempat. McGraw-Hill International.
  • Rosli Mahmood, Azrain Nasyrah Mustapa, Rosli Saad, Mohamad Yusop Mohd Jani, Norria Zakaria, & Syahrina Abdullah. Prinsip-prinsip Keusahawanan: Pendekatan Gunaan. Edisi Kedua. Singapura: Cengage Learning Asia Pte. Ltd.
  • Kuratko, D. F. 2009. Introduction to Entrepreneurship. 8e International Edition. United State: South-Western Cengage Learning.

 

LMCW2022 – Pengurusan dan Analitik Data

Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada pengurusan dan analitik data bertujuan menggali maklumat yang tersirat dalam data. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, pelajar berupaya menyelesaikan masalah dalam pelbagai bidang secara saintifik. Penekanan diberikan kepada cara menganalisis data dan kaedah visualisasi data. Beberapa perisian dipilih untuk dipelajari. Pengenalan mengenai perisian dan pendekatan analitik data menggunakan perisian turut dibincangkan. Di akhir kursus, pelajar berupaya memberi penjelasan kepada data-data yang digunakan.

Bacaan Asas

  • Hurwitz, J., Nugent, A., Halper, F., Kaufman, M., 2013. Big Data For Dummies, Wiley & Sons.
  • Mann, P.S., 2017. Introductory Statistics, 9th Edition, Wiley & Sons.
  • Field, A., 2013. Discovering statistics using IBM SPSS statistics. Sage.
  • Winston, W. L., 2016. Microsoft Excel Data Analysis and Business Modelling.5th. Ed. Microsoft Press.
  • Triola, M.F., 2014. Elementary Statistics Using Excel, 5th Edition. Pearson.

 

LMCW2183 – Pengajian Malaysia 3

Kursus ini membincangkan Sejarah dan Politik, Perlembagaan Malaysia, Sistem dan Struktur Pentadbiran Negara, Kemasyarakatan dan Perpaduan, Pembangunan Negara dan Agama dan Kepercayaan. Kursus ini adalah bertujuan untuk melahirkan graduan yang memahami identiti Malaysia ke arah memupuk semangat kesejagatan. Pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan dalam bentuk kuliah, tugasan, peperiksaan dan pengalaman pembelajaran.

Bacaan Asas

  • Mardiana Nordin dan Hasnah Hussin. 2014. Pengajian Malaysia. Shah Alam  Oxford Fajar
  • INTAN .1991. Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara.
  • Mohamed Suffian Hashim. 1994. Mengenal Perlembagaan Malaysia. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Nazaruddin Haji Mohd Jail, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah dan Ismail Hj Mohd Rashid.2004. Pengajian Malaysia:  Kenegaraan dan Kewarganegaraan. Edisi Kedua. Petaling Jaya. Prentice Hall.
  • Nazri Muslim. 2015. Islam dan Melayu: Tiang Seri Hubungan Etnik di Malaysia. Bangi: Penerbit UKM.
  • Ruslan Zainuddin, Mohd Mahadee Ismail & Zaini Othman. 2010. Kenegaraan Malaysia. Edisi Kedua.Shah Alam: Oxford Fajar.

 

LMCW2193 – Bahasa Melayu Komunikasi 2

Kursus ini melatih pelajar antarabangsa untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu asas yang meliputi situasi kehidupan harian. Pelajar akan diperkenalkan dengan pertuturan dan penulisan bahasa Melayu mudah. Pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan dalam bentuk kuliah, tutorial, tugasan dan pengalaman pembelajaran pelajar di dalam dan di luar kelas. Pada akhir kursus ini, pelajar diharapkan dapat berkomunikasi dan menulis menggunakan ayat mudah dengan berkesan.

Bacaan Asas

  • Zarina Othman, Roosfa Hashim & Rusdi Abdullah. 2012. Modul Komunikasi Bahasa Melayu Antarabangsa, KPT. Penerbit UKM Press.
  • Yong Chyn Chye, Rohaidah Mashudi, Maarof Abd Rahman. 2012. Bahasa Kebangsaan untuk Pelajar Luar Negara: Malay Language for International Students. Petaling Jaya: Pearson Malaysia.
  • Norhashimah Jalaluddin, Mardian Shah Omar dan Norzilawati Jais. 2006. Bahasa Melayu untuk Penutur Asing. Buku 1 dan 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Siti Hajar Abdul Aziz. 2008. Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu I. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
  • Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood. 2004. Tatabahasa Dewan, Edisi Baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.