Pusat Pengajian Citra Universiti |  Bijaksana untuk Memperkasa

Pusat Pengajian Citra Universiti (School of Liberal Studies)

CITRA UKM

Pernyataan Organisasi

Wisdom To Empower

Penyataan Organisasi

Visi
Pusat Citra Universiti UKM komited menerajui kecemerlangan pengajian liberal di Malaysia.

Misi
Memperkasa insan berilmu yang bijaksana dan berkemahiran tinggi.

Pernyataan Misi

  • Pemerkasaan pelajar bagi membentuk insan berilmu, bijaksana, holistik dan berkemahiran tinggi dalam mendepani cabaran kehidupan;
  • Kebitaraan ahli akademik dalam pelbagai disiplin ilmu seiring dengan pentadbiran yang berdedikasi dan berintegriti;
  • Gandingan pintar dan strategik dengan pemegang taruh di peringkat tempatan.
  • Melahirkan graduan berakhlak mulia, beretika profesional, berwawasan tinggi dan beraspirasi kebangsaan;
  • Melahirkan graduan berkemahiran dan berketerampilan dalam pelbagai bahasa bagi tujuan komunikasi berkesan dalam pelbagai suasana, peringkat dan budaya;
  • Melahirkan graduan berfikiran holistik dengan menyepadukan pengetahuan umum dan khusus melalui penaakulan kuantitatif dan kualitatif;
  • Melahirkan graduan bertaqwa yang mempunyai kemahiran kepimpinan, keusahawanan dan inovasi;
  • Melahirkan graduan yang berupaya memahami dan mengaplikasikan sains dan teknologi secara beretika dan profesional ke arah kelestarian;
  • Melahirkan graduan bertanggungjawab dalam kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat dengan mengamalkan gaya hidup sejahtera.

Bijaksana untuk Memperkasa (Wisdom to empower)

Identiti: Ciri Kekuatan Warga Citra UKM

  1. Mudah Bekerjasama
  2.  Penyabar
  3. Sanggup berkorban
  4. Menghargai Kepelbagaian
  5. Proaktif