Hari Apresiasi Puisi Cinta Antara Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Malaysia

Pusat Citra Universiti akan menganjurkan program Hari Apresiasi Puisi Cinta Antara Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Malaysia pada 24 Oktober 2019 ( Khamis).

Acara akan bermula sekitar jam 7.00 – 11.00 malam di Persada Canselori, UKM.

Program yang dikenali sebagai Risisita Ratisia 2019 ini mendapat kerjasama dari pihak Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ia melibatkan pelajar antarabangsa pelbagai universiti sebagai peserta yang akan mendeklamasikan puisi bertemakan cinta dalam bahasa Melayu.

Antara puisi yang bakal dideklamasikan adalah nukilan para Sasterawan Negara seperti Merindu Buku ( A.Samad Said), Arkitek Kota (Muhammad Hj. Salleh), Salam Benua (Usman Awang), Universiti Di hatiku (Kemala) ,Tergantung Pada Kata-Kata (Baha Zain) dan beberapa buah puisi lagi.

Semua warga Pusat Citra dan warga UKM dijemput hadir memeriahkan acara yang menarik ini.