NC Sebagai Felo Pengajar Utama Pusat Citra Universiti

 30 September 2019 –  Prof Naib Canselor, Prof. Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor telah memberikan kuliah kepada  pelajar-pelajar kursus Citra, LMCR2412 Kepimpinan dan Kemahiran Interpersonal pada semester I sesi 2019/2020. Seramai 56 orang pelajar dari pelbagai fakulti mengikuti kursus LMCR2412 pada semester ini.

Pada kuliah tersebut, perbincangan aktif berkisar kepada tajuk  berkaitan ‘Kepimpinan & Motivasi’. Prof Naib Canselor turut berkongsi pengalaman beliau sendiri sebagai pemimpin di universiti. Beliau juga menyampaikan beberapa nasihat dan pandangan untuk dijadikan pegangan apabila pelajar-pelajar menjadi pemimpin kelak. 

Kesudian Prof. Naib Canselor untuk menyampaikan kuliah diharap dapat menjadi pencetus serta galakan kepada semua pensyarah yang lain untuk menyumbang dalam pendidikan Citra di Universiti.