Program Interaksi Jati Diri – Kem Lambaian Danau, Jasin, Melaka

 

 

Pusat Citra UKM dan Persatuan Mahasiswa Citra UKM (PESISTRA) telah menganjurkan Program Interaksi Jati Diri kepada 139 pelajar Program Ijazah Sarjanamuda Sains Citra (SmSn CITRA) pada 6 – 8 Disember, 2019 (Jumaat – Ahad) bertempat di Kem Lambaian Danau, Jasin, Melaka. Antara objektif program ini adalah bagi memupuk semangat kerjasama, tolong-menolong, setia kawan, bertolak ansur dan sebagainya yang lebih padu dan komitmen yang tinggi dalam kalangan pelajar. Program ini juga telah melatih ketahanan diri pelajar dari aspek mental dan fizikal supaya sentiasa berani, tabah, tahan lasak dan berkeyakinan tinggi bagi menghadapi masa hadapan yang mencabar kelak.

Peserta telah melalui pelbagai aktiviti lasak antaranya adalah Extreme Running Man, Water Confidence, Bridge Jumping, War Game dan Survival Skill. Sembang santai bersama mahasiswa cemerlang UKM juga telah dijalankan bagi berkongsi tips kecemerlangan yang ditempa oleh pelajar-pelajar ini.

Peserta juga telah berpeluang untuk berinteraksi dan beramah mesra bersama Pengarah Pusat Citra UKM dan seterusnya seramai 12 pelajar telah menerima anugerah Dekan/Pengarah bagi pelajar yang mendapat PNGK 3.67 bagi semester 2 sesi 2018/2019. Anugerah ini telah disampaikan oleh Pengarah Pusat Citra dalam Program Interaksi Jati Diri ini.

Program tahunan ini telah berjaya mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan pelajar-pelajar berbilang kaum melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa program ini.