TINTA CITRA BIL.1 2015

Assalamualaikum wbt, dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana CITRA UKM berjaya menerbit buletin tahunan sulongnya yang dinamakan sebagai TINTA pada tahun 2015. Keluaran sulong Buletin TINTA kali ini menyajikan inspirasi Pengarah CITRA UKM dalam memacu CITRA sebagai “Pendaulat Amanah Negara”.

Di samping itu juga, buletin ini memaparkan pelbagai aktiviti CITRA UKM yang dilaksanakan sepanjang bulan Jun 2014 hingga Jun 2015. Antara berita yang dimuatkan ialah berkaitan aspirasi CITRA UKM oleh pengarah melalui segmen Kenali CITRA, Kilauan CITRA service learning, keusahawanan CITRA, CITRA & komuniti, pengantarabangsaan CITRA, lensa CITRA, CiTRA sahut lonjakan penerbitan, senarai penerbitan, persidangan, ceramah dan bengkel warga CITRA, dan nukilan CITRA.

Terbitan sulong ini diharapkan dapat menjadi salah satu wadah dalam mempelbagaikan maklumat dan pilihan bacaan kepada warga UKM. Di samping itu, penerbitan buletin ini dapat memberikan ruang kepada pensyarah dan kakitangan CITRA UKM mengetengahkan berita berkaitan perkembangan mereka.

CITRA UKM sentiasa komited dalam menyemarakkan budaya ilmu, bidang penyelidikan dan penerbitan serta aktiviti yang berinovasi. Terima kasih kepada Pengarah Prof. Dr. Khaidzir bin Hj. Ismail, kesemua Sidang Editor dan pengurusan TINTA CITRA kerana bertungkus lumus menyiapkan buletin sulong ini. Kepada penyumbang artikel dan maklumat, saya mengucapkan terima kasih di atas komitmen dan kerjasama anda. Selamat membaca dan bertemu lagi di keluaran yang akan datang.

“Tinta Pemacu Citra Universiti”

Dr. Wan Zulkifli bin Wan Hassan
Ketua Editor

KLIK UNTUK MUAT TURUN VERSI PDF

KLIK UNTUK MUAT TURUN VERSI PDF