Panduan Penghantaran

i.       Skop

CLI menerbitkan makalah, artikel, ulasan kes, ulasan perundangan, ulasan buku, laporan penyelidikan dan  abstrak tesis dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan undang-undang termasuklah undang-undang awam, undang-undang persendirian, undang-undang syariah, undang-undang sivil, undang-undang antarabangsa, undang-undang perbandingan serta undang-undang dan masyarakat.

ii.      Bahasa

CLI menerima manuskrip dalam Bahasa Melayu (Malaysia) dan Bahasa Inggeris.

iii.     Format

Maklumat penyumbang

Setiap manuskrip  yang dihantar hendaklah mengandungi maklumat penyumbang seperti:

  • Judul makalah
  • Nama penyumbang
  • Alamat penyumbang
  • Maklumat institusi
  • Emel untuk dihubungi

Abstrak

  • Abstrak hendaklah mengandungi ringkasan kajian secara keseluruhan termasuk objektif kajian, metodologi kajian, dapatan dan kesimpulan ringkas kajian.
  • Jumlah perkataan abstrak adalah antara 250 hingga 350 patah perkataan.
    Bagi penerbitan abstrak penyelidikan, sertakan maklumat penyumbang bersama-sama dengan abstrak.

Kata Kunci

  • Senaraikan kata kunci antara 3 hingga 5 patah perkataan.

Teks

  • Manuskrip yang dihantar mestilah karya asli yang belum pernah diterbitkan dalam apa-apa penerbitan.
  • Maklumat penyumbang dan abstrak berserta kata kunci disertakan pada halaman pertama teks.
  • Manuskrip yang dihantar hendaklah tidak lebih daripada 20 halaman.
  • Teks hendaklah menggunakan format penulisan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Klik di sini untuk muat turun template penulisan.
  • Manuskrip yang lengkap hendaklah dihantar dengan menggunakan Microsoft Word.

Rujukan

  • Gunakan gaya rujukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Nota

  • Nota seminimum yang mungkin dan menggunakan nota kaki Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

iv.      Proses Penilaian

Setiap manuskrip yang dihantar ke CLI akan dinilai oleh sekurang-kurangnya seorang penilai yang dilantik oleh lembaga editorial. Penilaian akan dilakukan dalam tempoh sebulan daripada tarikh penerimaan manuskrip. Lembaga editorial mempunyai budi bicara dalam penerimaan manuskrip untuk penerbitan.

v.       Etika dan Pengakuan

Setiap manuskrip yang dihantar hendaklah dilampirkan bersama-sama dengan “Borang Akuan” yang menjelaskan perkara yang berikut:

  • jaminan penyumbang bahawa manuskrip tidak mengandungi apa-apa plagiat atau perlanggaran hak cipta;
  • pengakuan penyumbang bahawa segala fakta dan pendapat yang dikemukakan dalam jurnal ini merupakan pendapat penyumbang dan tiada kaitan dengan pendapat sidang editor;
  • susunan pengarang utama dan pengarang bersama dalam manuskrip adalah dipersetujui oleh semua pengarang (borang perlu ditandatangani oleh semua pengarang); dan
  • penyumbang memberikan keizinan kepada CLI untuk menerbitkan manuskrip berkenaan.