Advokasi Ilmuwan bersama KDYMM Pemangku Sultan Pahang

KUALA LUMPUR. 19 JANUARI 2017- Sekumpulan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia telah diundang untuk mengadap KDYMM Pemangku Sultan Pahang di Shahzan House Kuala Lumpur bagi perkongsian idea dalam pelbagai aspek sosial, ekonomi, pentadbiran, pendidikan, budaya dan sebagainya. Rombongan mengadap ini diketuai oleh Ketua Pusat Kepelbagaian Pelajar & Pembangunan Komuniti, Fakulti Pendidikan UKM Prof. Madya Dato’ Dr Abdul Razaq Ahmad. Pensyarah yang hadir sama dalam majlis ini adalah Dr. Mohd Mahzan Awang selaku Timbalan Ketua, Pusat Kepelbagaian Pelajar & Pembangunan Komuniti; Encik Anuar Ahmad, Pengetua Kolej Ibu Zain, UKM; Prof. Dato’ Dr. Abdul Qasim Ahmad pakar Sejarah Eropah; Prof. Madya Dr. Fariza Sham dari Fakulti Pengajian Islam; Dr. Rozan dari Institute of Fuel Cell UKM dan Dr. Hazrul dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM. Majlis yang berlangsung pada jam 5.30 petang itu telah membuahkan hasil apabila KDYMM Pemangku Sultan Pahang menitahkan agar kumpulan pakar ini bekerjasama dengan baginda dalam beberapa aspek berkaitan advokasi ilmu menerusi pelbagai aspek.

 

Lampiran

KDYMM Pemangku Sultan Pahang bersama pensyarah yang hadir

Penyerahan cenderahati

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dr. Mohd Mahzan Awang bersama KDYMM Pemangku Sultan Pahang

KDYMM Pemangku Sultan Pahang bersama Dato’ Dr. Abdul Qasim Ahmad

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

En. Anuar Ahmad bersama KDYMM Pemangku Sultan Pahang

KDYMM Pemangku Sultan Pahang bersama Dr. Fariza Sham