Bengkel Penulisan Artikel Jurnal

UKM, BANGI. 30 NOVEMBER 2016 – Bengkel Penulisan Artikel Jurnal telah diadakan melibatkan pelajar-pelajar pascasiswazah Fakulti Pendidikan UKM. Antara objektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang ciri-ciri artikel jurnal yang baik serta tips pemilihan jurnal dalam bidang secara efektif. Selain itu, penekanan turut diberikan terhadap aspek pelaporan serta analisis data yang bersesuaian. Bengkel ini dihadiri oleh seramai 12 pelajar pasca siswazah yang telah melengkapkan draf awal artikel masing-masing. Pendekatan bengkel ini lebih bersifat perbincangan dua hala di mana para peserta turut diberi peluang untuk memberi komentar terhadap contoh-contoh penulisan artikel yang telah diterbitkan di samping memberi pandangan untuk penambahbaikan.

 

Lampiran

Dr. Fariza selaku penceramah

Peserta dari kalangan pelajar pasca siswazah

 

 

 

 

 

 

 

Perbincangan antara peserta

Peserta tekun membuat analisis

 

 

 

 

 

 

Antara peserta yang hadir

Peserta bebas berkongsi pendapat

 

 

 

 

 

 

Perkongsian ilmu dan pendapat dari Dr. Fariza

Sesi bergambar