Bengkel Task Force

Bengkel Task Force

“Murid Orang Asli ke Sekolah”

Pada 28 Oktober 2016, telah berlangsungnya Bengkel Task Force bagi memastikan murid-murid orang asli ke sekolah. Bengkel selama satu hari ini telah membincangkan beberapa langkah dan cadangan untuk meningkatkan kehadiran pelajar orang asli ke sekolah, khususnya bagi Sekolah Kebangsaan Tohoi, Gua Musang. Dalam bengkel ini, Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Razaq Ahmad selaku Ketua Pusat Kepelbagaian Pelajar dan Pembangunan Komuniti telah terlibat secara langsung. Turut hadir dalam bengkel tersebut adalah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Pengarah JAKOA, PPD Gua Musang, guru-guru serta tok batin. Bengkel ini dipengerusikan oleh Encik Cyril Christopher Singham, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Kesihatan, Intervensi dan Asrama, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

Lampiran

 

img-20161028-wa0012 img-20161028-wa0013 img-20161028-wa0007 img-20161028-wa0002 img-20161028-wa0008 img-20161028-wa0001