Kerjasama Pembangunan Komuniti

KUALA LUMPUR. 15 NOVEMBER 2016 – Pusat Kepelbagaian Pelajar dan Pembangunan Komuniti bersama unit Corporate Social Responsibility Telekom Malaysia (TM CSR) telah mengadakan satu perbincangan mengenai kerjasama dalam pembangunan komuniti di Inspire Meeting Room, Menara Telekom. Dalam perbincangan tersebut, kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk mengadakan kerjasama dalam pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan pelajar dan komuniti. Perbincangan ini diwakili oleh Profesor Madya Dato’ Dr. Abdul Razaq Ahmad, selaku Ketua Pusat Kepelbagaian Pelajar dan Pembangunan Komuniti serta Dr. Ahmad Ali Seman, wakil Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, UKM. Beberapa wakil daripada Telekom Malaysia yang menyertai perbincangan ini adalah Encik Zulkifli Shahari, Encik Mazahari Hamali dan Encik Azizul Salfaizal Aziz.

Sekitar perbincangan…

Ketua Pusat berkongsi pendapat.

Ketua Pusat berkongsi pendapat.

Perbincangan sedang berlangsung.

Perbincangan sedang berlangsung.

 

 

3          4

6

Bersama wail Telekom Malaysia

Bersama wail Telekom Malaysia