Latihan Jurulatih bagi Sukarelawan Sukan SEA 2017

UKM, BANGI. 22 DISEMBER 2016 – Satu latihan bagi Jurulatih Sukarelawan Sukan SEA 2017 telah diadakan di Pusat Kepelbagaian Pelajar dan Pembangunan Komuniti (PKPPK). Latihan ini dihadiri oleh 9 orang jurulatih yang terdiri daripada pelajar PhD Fakulti Pendidikan dan Dr. Ahmad Ali Seman, Ketua Program Sejarah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Pada latihan ini, mereka telah membahagikan tugasan, merancang sesi induksi, aktiviti dan program yang akan dilakukan oleh  Sukarelawan Sukan SEA 2017. Sebanyak 19 sesi induksi yang  akan berlangsung pada 28 Disember 2016 sehingga 28 Februari 2017 untuk melatih Sukarelawan Sukan SEA 2017 secara berperingkat. Turut hadir pada latihan ini adalah Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Razaq Ahmad selaku penceramah jemputan dan Dr. Mohd Mahzan Awang selaku Ketua Modul bagi program ini.

 

Lampiran

Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Razaq Ahmad ketika membuat perkongsian

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jurulatih sukarelawan yang terlibat