Latihan Sukarelawan Sukan SEA 2017- Kohort 10

UKM, BANGI. 11 FEBRUARI 2017- Sesi Latihan Sukarelawan Sukan SEA 2017 yang Ke-10 telah berlangsung di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Sesi latihan ini telah dihadiri oleh hampir 300 orang sukarelawan dari seluruh Malaysia,yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Pada sesi latihan ini, para sukarelawan diberikan latihan bagi Modul Kenegaraan, Petriotisme dan Isu-isu Semasa. Sesi ini telah dikendalikan oleh beberapa orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar sarjana dan PhD. Grand Session pada kali ini menampilkan Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK). Hadir sama pada sesi latihan ini adalah Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Razaq Ahmad, Ketua Pusat Kepelbagaian Pelajar dan Pembangunan Komuniti, Dr. Mohd Mahzan Awang, Ketua Modul 1 serta Dr. Ahmad Ali Seman, Ketua Program Sejarah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

 

Lampiran

Antara sukarelawan yang hadir

para sukarelawan melakukan teknik senaman yang diajar

 

 

 

 

 

 

 

 

nyanyian lagu Gemuruh sebagai pembakar semangat

Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penyampaian hadiah

Sesi menandatangani buku sebagai cenderahati

 

 

 

 

 

 

 

 

Sesi bergambar bersama sukarelwan