Latihan Sukarelawan Sukan SEA 2017- Kohort 11

UKM, BANGI. 13 FEBRUARI 2017- Sesi Latihan Sukarelawan Sukan SEA 2017 yang Ke-11 telah berlangsung di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Sesi latihan ini telah dihadiri oleh hampir 300 orang sukarelawan dari seluruh Malaysia,yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Pada sesi latihan ini, para sukarelawan diberikan latihan bagi Modul Kenegaraan, Petriotisme dan Isu-isu Semasa. Sesi ini telah dikendalikan oleh beberapa orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar sarjana dan PhD. Grand Session pada kali ini menampilkan Dr. Mohd Mahzan Awang, Ketua Modul 1 merangkap Timbalan Ketua Pusat Kepelbagaian Pelajar dan Pembangunan Komuniti. Hadir sama pada sesi latihan ini adalah Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Razaq Ahmad, Ketua Pusat Kepelbagaian Pelajar dan Pembangunan Komuniti serta Dr. Ahmad Ali Seman, Ketua Program Sejarah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

 

Lampiran

Antara peserta senior yang menyertai sukarelawan

Aktiviti swafoto bagi memperkenalkan program

 

 

 

 

 

 

 

 

Sukarelwan menjalankan aktiviti dengan penuh semangat

Dr. Mohd Mahzan Awang sebagai penceramah utama

 

 

 

 

 

 

 

 

Dr. Ali turut berkongsi pengalaman

Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Razaq dalam perkongsian ilmu

 

 

 

 

 

 

 

 

Sesi bergambar bersama sukarelawan