Latihan Sukarelawan Sukan SEA 2017- Kohort 13

UKM, BANGI. 18 FEBRUARI 2017- Sesi Latihan Sukarelawan Sukan SEA 2017 yang Ke-13 telah berlangsung di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Sesi latihan ini telah dihadiri oleh 440 orang sukarelawan dari seluruh Malaysia,yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Pada sesi latihan ini, para sukarelawan diberikan latihan bagi Modul Kenegaraan, Petriotisme dan Isu-isu Semasa. Sesi ini telah dikendalikan oleh beberapa orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar sarjana dan PhD. Grand Session pada kali ini menampilkan Dr. Mohd Mahzan Awang, Ketua Modul 1 merangkap Timbalan Ketua Pusat Kepelbagaian Pelajar dan Pembangunan Komuniti. Hadir sama pada sesi latihan ini adalah Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Razaq Ahmad, Ketua Pusat Kepelbagaian Pelajar dan Pembangunan Komuniti serta Dr. Ahmad Ali Seman, Ketua Program Sejarah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

 

Lampiran

Para sukarelawan menjalankan aktiviti dengan penuh bersemangat

Para atlet peringkat daerah, negeri dan kebangsaan yang menjadi sukarelawan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dr. Mohd Mahzan Awang dalam Grand Session

Dr. Ali turut membuat perkongsian ilmu dan pengalaman

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sesi penggulungan daripada Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Razaq Ahmad

Sesi penghayatan

 

 

 

 

 

 

 

 

wakil sukarelawan yang memberi maklum balas mengenai program ini

Sesi bergambar bersama sukarelawan