Latihan Sukarelawan Sukan SEA 2017- Kohort 16

UKM, BANGI. 4 MAC 2017- Sesi Latihan Sukarelawan Sukan SEA 2017 yang Ke-16 telah berlangsung di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Sesi latihan ini telah dihadiri hampir 600 orang sukarelawan dari seluruh Malaysia,yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Pada sesi latihan ini, para sukarelawan diberikan latihan bagi Modul Kenegaraan, Petriotisme dan Isu-isu Semasa. Sukarelawan yang dibahagikan kepada dua kumpulan ini telah dikendalikan oleh beberapa orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar sarjana dan PhD. Grand Session pada kali ini menampilkan Dr. Mohd Mahzan Awang, Ketua Modul 1 merangkap Timbalan Ketua Pusat Kepelbagaian Pelajar dan Pembangunan Komuniti, Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Razaq Ahmad, Ketua Pusat Kepelbagaian Pelajar dan Pembangunan Komuniti, Dr. Ahmad Ali Seman, Ketua Program Sejarah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan serta Prof. Madya Dr. Sayuti Abd. Ghani, Pensyarah dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

 

 

Lampiran

Para sukarelawan yang hadir

Para sukarelawan bersemangat mengikuti aktiviti yang dijalankan

 

 

 

 

 

 

 

 

Dr. Mohd Mahzan Awang berkongsi ilmu

Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Razaq turut berkongsi pengalaman

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Prof. Madya Dr. Sayuti membuat perkongsian dengan gaya tersendiri

Para sukarelawan mengisi maklum balas dalam soal selidik