Latihan Sukarelawan Sukan SEA 2017- Kohort 2

UKM, BANGI. 14 JANUARI 2017- Sesi Latihan Sukarelawan Sukan SEA 2017 yang Ke-2 telah berlangsung di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Sesi latihan ini telah dihadiri oleh hampir 300 orang sukarelawan dari seluruh Malaysia,yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Pada sesi latihan ini, para sukarelawan diberikan latihan bagi Modul Kenegaraan, Petriotisme dan Isu-isu Semasa. Lebih menarik lagi apabila para sukarelawan diperkenalkan dengan kuiz online dan sukarelawan yang menjawab soalan terpantas diberikan hadiah. Modul 1- Kenegaraan, Patriotisme dan Isu-isu Semasa ini diketuai oleh Dr. Mohd Mahzan Awang, Timbalan Ketua Pusat Kepelbagaian Pelajar dan Pembangunan Komuniti (PKPPK). Sesi Latihan ini turut dihadiri oleh Ketua Pusat (PKPPK), Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Razaq Ahmad, Dr. Ahmad Ali Seman dan Prof. Madya Dr. Sayuti Abd. Ghani, selaku Pengajar bersama.

 

Lampiran

Nyanyian lagu Gemuruh beserta gaya yang diketuai oleh Cik Syafinaz.

Para peserta bersemangat mengikut gaya yang ditunjukkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

Kuiz online yang dikendalikan oleh Dr. Mahzan dan Cik Norakma

Para peserta tekun menjawab solaan kuiz yang diberikan

 

 

 

 

 

 

 

 

Barisan tenaga Pengajar

Peserta yang terlibat

 

 

 

 

 

 

 

 

Pemenang kuiz online

Pemenang soalan kuiz kedua