Latihan Sukarelawan Sukan SEA 2017- Kohort 3

UKM, BANGI. 16 JANUARI 2017- Sesi Latihan Sukarelawan Sukan SEA 2017 yang ke-3 telah diadakan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Kira-kira 200 orang sukarelawan untuk Majlis Sukan SEA 2017 telah hadir ke sesi latihan ini. Pada sesi latihan ini, para sukarelawan diberikan latihan bagi Modul Kenegaraan, Petriotisme dan Isu-isu Semasa. Sesi latihan kali ini mempamerkan pendekatan yang berbeza yang melibatkan fasilitator secara sepenuhnya. Prof. Madya Dato’ Abdul Razaq Ahmad dan Dr. Mahzan Awang turut membuat perkongsian ilmu dan pengalaman dalam slot khas, “Grand Session”. Dr. Ahmad Ali Seman dan Prof. Madya Dr. Sayuti Abd. Ghani turut hadir pada sesi latihan ini selaku Pengajar bersama. Antara aktiviti lain yang turut diadakan adalah sesi main peranan dan kuiz.

 

Lampiran

 

Sesi latihan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku

Puan Zunaida Zakaria mengetuai fasilitator

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nyanyian lagu Gemuruh beserta gaya yang diketuai oleh Cik Syafinaz

Grand Session bersama Prof. Madya Dato’ Abdul Razaq Ahmad

 

 

 

 

 

 

 

 

Perkongsian pengalaman bersama sukarelawan

Latihan ‘main peranan’ yang dikendalikan oleh Encik Irwan Fariza

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pemenang soalan kuiz yang dikendalikan oleh Encik Salim

Sesi bergambar bersama sukarelawan