Latihan Sukarelawan Sukan SEA 2017- Kohort 7

UKM, BANGI. 1 FEBRUARI 2017- Sesi Latihan Sukarelawan Sukan SEA 2017 yang Ke-7 telah berlangsung di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Sesi latihan ini telah dihadiri oleh 360 orang sukarelawan dari seluruh Malaysia,yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Pada sesi latihan ini, para sukarelawan diberikan latihan bagi Modul Kenegaraan, Petriotisme dan Isu-isu Semasa. Sesi ini telah dikendalikan oleh beberapa orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar sarjana dan PhD. Grand Session pada kali ini menampilkan Prof. Madya Dr. Salleh Amat, Ketua Jabatan Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti. Hadir sama pada sesi latihan ini adalah Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Razaq Ahmad, Ketua Pusat Kepelbagaian Pelajar dan Dr. Mohd Mahzan Awang, Ketua Modul 1.

 

Lampiran

 

Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Razaq memperkenalkan penceramah Grand Session

Prof. Madya Dr. Salleh Amat yang bersemangat mengendalikan sesi

 

 

 

 

 

 

 

 

Dr. Salleh beramah mesra bersama beberapa sukarelawan

Antara sukarelawan yang hadir

 

 

 

 

 

 

 

 

Sesi penghayatan

Salah seorang sukarelawan yang sempat ditemu ramah oleh fasilitator