Latihan Sukarelawan Sukan SEA 2017- Kohort 8

UKM, BANGI. 4 FEBRUARI 2017- Sesi Latihan Sukarelawan Sukan SEA 2017 yang Ke-8 telah berlangsung di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Sesi latihan ini telah dihadiri oleh 440 orang sukarelawan dari seluruh Malaysia,yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Pada sesi latihan ini, para sukarelawan diberikan latihan bagi Modul Kenegaraan, Petriotisme dan Isu-isu Semasa. Sesi ini telah dikendalikan oleh beberapa orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar sarjana dan PhD. Grand Session pada kali ini menampilkan Dr. Ahmad Ali Seman, Ketua Program Sejarah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Hadir sama pada sesi latihan ini adalah Prof. Dr. Haji Ekhwan Haji Toriman, Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan serta Dr. Mohd Mahzan Awang, Ketua Modul 1.

 

Lampiran

 

Pn. Zunaida yang mengetuai fasilitator

Para sukarelawan yang bersemangat

 

 

 

 

 

 

 

 

Dr. Ali Seman ketika Grand Session

Sukarelawan terhibur dengan penyampaian penceramah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Prof. Dr. Hj. Mohd Ekhwan yang turut hadir

Sesi penghayatan yang turut disertai oleh Prof. Dekan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sesi bergambar bersama sukarelawan