Latihan Sukarelawan Sukan SEA 2017- Kohort 9

UKM, BANGI. 8 FEBRUARI 2017- Sesi Latihan Sukarelawan Sukan SEA 2017 yang Ke-9 telah berlangsung di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Sesi latihan ini telah dihadiri oleh hampir 300 orang sukarelawan dari seluruh Malaysia,yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Pada sesi latihan ini, para sukarelawan diberikan latihan bagi Modul Kenegaraan, Petriotisme dan Isu-isu Semasa. Sesi ini telah dikendalikan oleh beberapa orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar sarjana dan PhD. Grand Session pada kali ini menampilkan Prof. Madya Dr. Sayuti Abd. Ghani, Pensyarah dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Hadir sama pada sesi latihan ini adalah Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Razaq Ahmad, Ketua Pusat Kepelbagaian Pelajar dan Pembangunan Komuniti, Dr. Mohd Mahzan Awang, Ketua Modul 1 serta Dr. Ahmad Ali Seman, Ketua Program Sejarah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

 

Lampiran

 

Taklimat awal oleh Dr. Mahzan sebelum memulakan sesi latihan

Antara sukarelawan yang hadir

 

 

 

 

 

 

 

 

Sukarelawan bersemangat menjalankan aktiviti sepanjang sesi latihan

Prof. Madya Dr. Sayuti bersemangat berkongsi ilmu

 

 

 

 

 

 

 

 

Salah seorang sukarelawan yang tetap menghadiri latihan walaupun menyambut perayaan Thaipusam pada keesokan hari

Dr. Ali ketika membuat perkongsian ilmu